Saturday, August 22, 2009

RaMaDHaN AL-MuBaRaK..



Salam Ramadhan diucapkan kepada semua.Pertama2nya ana ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kpd ALLAH s.w.t kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk sama-sama menyambut bulan ramadhan yg mulia lagi penuh keberkatan ini.Alhamdulillah selesai menjalani hari pertama ibadah puasa pada hari ini bersama-sama keluarga tersayang walaupun tanpa umi tercinta di sisi yg sekarang ni berjuang membantu muslimat-muslimat di Penang utk bersiap sedia menghadapi PRK P'matang Pasir yg x lame lagi (tinggal 3 hari je lagi nak mengundi).

Terasa diri ini begitu kerdil apabila mengerjakan ibadah di rumah ALLAH yg begitu menenangkan hati walaupun jemaahnya makin bertambah di bulan Ramadhan ni, masing2 x mau ketinggalan dalam "fastabiqulkhairat".Teringat ana sedikit sebanyak tazkirah Ramadhan di Masjid Pengadang Baru subuh tadi, antara intipati yg disampaikan ustaz subuh tadi adalah Bulan Ramadhan adalah penghulu bagi segala bulan, bulan Ramadhan ini adalah bulan yg penuh keberkatan dan pahalanya berlipat kali ganda dari hari2 biasa.Sahabat-sahabat Rasulullah amat gembira sekali menanti ketibaan Ramadhan yg selalu ditunggu2.Pada bulan Ramadhan ini dibukakan pintu2 Syurga, ditutup pintu2 Neraka dan syaitan2 dibelenggu di bulan Ramadhan ini.Permulaan bulan ini adalah Rahmat dr ALlah s.w.t, pertengahannya adalah maghfirah(pengampunan dosa2) dan akhirnya adalah "itqun minanNar" yakni pelepasan/pembebasan dari api neraka, selain iu perbanyakkanlah sedekah jariah fisabilillah, tulah sedikit sebanyak yg dapat ana kongsi tazkirah ramadhan subuh td.Sama2 lah kita meningkatkan amal ibadat kita di bulan Ramadhan ni yg sememangnya kita ketahui banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya.

Shbt2ku yg dirahmati sekalian...Puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja, tapi juge kita perlu menjaga zahiriah dan batiniah kita agar dijauhkan dari segala perkara2 mazmumah dan dibenci oleh Allah s.w.t, selalulah husnu zhon pd shbt2 kta, paling kena jage adalah mulut dan hati kita agar tidak terjerumus dalam membuat dosa.waktu inilah kita perlu muhasabah diri kita, dimana kedudukan kita sekarang ini.adakah diri kita ii sama seperti hari2 yg sudah berlalu begitu sahaja? ataupun adakah kita akan terus berusaha mencari jalan mempertingkatkana amal kita agar Ramadhan kita kali ini lebih baik dari ramadhan yg sebelum2nya..insyaALLAH.Hasrat ana agar Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yg terakhir dan semoga kita sama2 beroleh manfaat di bulan barokah ini.

Sayu pulak rasenya, cuti sem dah habis, sudah sampai waktunya untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu di kampus utk bekalan dunia akhirat, subuh esok insyaALLAH akan berangkat pulang ke kampus..entah bila lagi dapat mengupdate bolg ni, takut bersarang je nnt..kesian pulak nok tinggal adik2 ana tanpa umi...tapi x pelah,kejap je pun.. alhamdulillah kak ipar ana masih ade.Moga bertambah kekuatan untuk adik2 ana menjalani ibadah puasa.Bila pulak nak balik buka pose kat umah ngn family, walaupun umah dekat, bila duk kat kampus ni byk tanggungjwb yg perlu dilaksanakan,tamabh2 bulan pose ni banayk aktiviti yang diatur untuk musolla.Moga setiap urusan dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t.Dlm mase yg same x sabar jugak nak balik kampus, rindu nak jupe sahabat-sahabat seperjuangan, bagai lame x jumpe.. :) inilah yg dikatakan ukhuwah fillah, tautan hati kerana ALLAH taala.Ayuh sahabat2 kita same2 berganding bahu terus berjuang dan menyiapkan diri kita utk berhadapan dgn segala mehnah dan tribulasi, insyaALLAH.

Dan x lupe juga tanggungjawab kita sebagai ahli Jemaah Islam untuk mendoakan kemenangan berpihak pada kita di PRK Permatang Pasir (25 Ogos 2009) nnt, semoga pejuang2 ALLAH semua diberi kekuatan di bulan Ramadhan ni, seperti peristiwa peperangan badar yg berlaku di zaman Rasulullah dahulu.UNDILAH BULAN ye.jgn undi menda lain.Akhir kalam, Selamat berQiamulail, selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbuka dan Selamat Berterawikh.Moga berjumpa lagi dilain warkah jika masih diberi nyawa oleh Allah s.w.t.Amin...

Wallahua'lam

Thursday, August 20, 2009

SaLaM RaMaDHaN



Assalamualaikum...moga semua umat islam yg duk kat bumi ni sihat sejahtera dalam nikmat ISLAM dan IMAN yang teguh.Dalam sedar x sedar tinggal sehari lagi umat Islam nok menyambut bulan Ramadhan yg penuh dengan kemuliaan dan barokah.Bila menjelma nya bulan ni, semua umat Islam diwajikan berpuasa spt firman ALLAH dlm ayat di atas, dan masing2 kena rebutla sebanyak mana peluang yg antum/antunna ade utk meningkatkan lagi ibadah dan keimanan pada ALLAH s.w.t.Jangan sia2kan mase antunna dengan menda2 yg lagho (cthnya : byk tido la kan :)...sbbnya bulan2 pose ni, cepat sgt letih...tmbh2 lg yg duk kat kampus lg2la, dgn kelasnya,assgnmntnya dan mcm2 lg la).Tapi jgn jadikan semua itu sebagai alasan untuk antum/antunna tergolong di kalangan org2 yg rugi dalam memperbanyakkan ibadah di bulan pose nnt.Moga2 dijauhkan.

Antum/antunna nak tahu x?? Dalam bulan ramadhan ni byk sangat kelebihan/keistimewaan, diantaranya ialah :

Sabda Rasulullah Saw :
Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW :“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain mereka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sabda Baginda SAW lagi :“Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya,

”Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Bahkan lebih indah lagi apabila bulan ramadhan ini dikaitkan dengan penurunan Al-quran sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulallah SAW :
Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Seterusnya, keistimewaan yang amat dinanti-nantikan dan menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. Tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadr? Malam lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun pada malaikat dah ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. (Surah Al-Qadr).

Justeru itu, ana memperingatkan diri ana dan sahabt2 ambiklah manfaat dari firman ALLAH s.w.t dan sabda Rasululllah s.a.w di atas untuk menjadi pegangan dan panduan dalam hidup kita, tambah2 lagi supaya beroleh manfaat di bulan ramadhan nnt.

Akhir kalam, ana ingin menucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" yg penuh mulia dan penuh barokah kepada sahabat/sahabiah yang mengenali diri ini.Moga ukhuwah fillah yg kita jalinkan mendapat keredhaan drNYA.

p/s : Jangan lupe niat puasa sebulan esok ye :)



Wallahua'lam

Wednesday, August 19, 2009

MaHu MeNYuMBaNG FiSaBiliLLaH???




*Hulurkan sumbangan anda, insyaALLAH moga mendaat kerdhaan dan keberkatan oleh ALLAH di bulan yg mulia ini.

Wallahua'lam

Tuesday, August 18, 2009

Monday, August 17, 2009

HiDuP x SeiNDaH Yg KiTa SanGKaKaN

Salam sya'ban buat sahabat2, ana doakan semua sahabat2 sentiasa sihat di bawah lindungan ALLAH taala, dan sentiasa diberi nikmat kesihatan Islam dan Iman yang kuat.Rasenya dah lame benar x update blog, al-maklumla keadaan x mengizinkan, dengan keterbatasan waktu dan wireless yg x menentu di kampus.Moga2 dengan sedikit masa yang terluang ini digunakan dengan sebaik mungkin utk mengupdate blog ana yang x seberapa ni dan untuk perkongsian bersama2.

Di saat ana mencoret coretan di blog ini, hati terasa terlalu sayu mengenangkan sahabat2 di luar sane, banyak masalah yag diluahkan membuatkan hati ini merasa terlalu kerdil bila dipikirkan masalah yang menimpa diri ana sendiri tidak terlalu berat berbanding sahabat2 yg lain. Andai mampu ana bantu untuk menghilangkan segala masalah yang ada,ana sanggup berkongsi bebanan yg ada agar sahabt2 tidak merasa terbeban menanggung sendirian.Inilah yg dikatakan lumrah kehidupan, ujian yang mendatang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar, untuk menjadikan kita seorang hamba mukmin yang benar2 beriman pada ALLAH s.w.t.

Sahabat2ku...mungkin kita x mampu menjadi seperti mujahidah-mujahidah di zaman Rsulullah yg semangatnya begitu kental untuk memperjuangkan nasib diri dan agama, sanggup berkorban harta dan nyawa utk agama tapi ana yakin dan percaya dengan kekuatan iman yang tinggi kita mampu utk mengatasinya, jangan biarkan segala perasaan dan dugaan2 yang menimpa diri kita membuatkan kita terus lemah dan membelengu diri kita.Binalah kekuatan yang ada pada diri kita, ingatlah kembali di saat kita sama2 berjuang suatu ketika dahulu, ingatlah di saat kita sama-sama ditarbiyah dengan pelbagai tohmahan dan ujian utk menjadikan kita sebagai mujahidah yang kuat dan berani.Masihkah kau ingat kita bersama-sama mengharungi segala kesusahan dan kesenangan, suka dan duka kita bersama-sama.

Ukhuwah yang kita bina sepanjang di tempat pengajian bukan hanya sekadar waktu itu sahaja, tapi biarlah ia terus tersemat di hati walau kita sekarang berjauhan antara satu sama lain.Ana tahu kami yang masih tinggal di bumi kusza ini mungkin x mengalami dan merasai apa yang sahabat2 alami sekarang ini, tapi ana yakin sahabt2 masih kuat dan mampu bertahan mengharungi ujian yang mendatang di luar sana di samping gelodak jiwa yang makin menekan dan membebankan diri, hanya doa yg mampu ana titipkan utk sahabat2 agar terus diberi ketabahan dan kekuatan,jangan biarkan persekitaran mempengaruhi hidup sahabat2.Ana rindu untuk bertemu muka dan bertegur sapa dengan sahabt2, masih berlegar-legar di ingatan setiap detik kita bersama tapi...mungkin jarak dan waktu yg memisah x mengizinkan kita.Moga kita akan bersua pada suatu masa dan ketika nanti, insyaALLAH.

Ana mohon pada sahabat/sahabiah sentiasalah kita memberi peringatan dan kekuatan antara satu sama lain agar ukhuwah yang kita bina selama ini bukan setakat dalam gerak kerja tapi utk sahabat dunia & akhirat, tanpa melanggar batas2 syariat.(peringatan untuk diri ana juga).Mungkin ada d kalangan kita tidak tahu masalah yang menimpa sahabat2 kita, same2 lah kita doakan agar terus diberi kekuatan untuk munghadapi ujian yang maha hebat di luar sana (especially utk sahabat2 kita yang dah habis belaja). Doa untuk sahabat2 ku... :-

"YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini...Amin"




Buat yang terakhir untk coretan kali ini, sama-samalah kita mepertingkatkan amalan kita di bulan sya'ban yang akan berlabuh tak lame lagi dan salam ramadhan yang bakal kunjung tiba, diharapkan kita same2 mencari manfaat dan keberkatan yang berlipat kali ganda oleh Allah s.w.t di bulan ramadhan nnt, jgn sia2kan peluang yang kita ada. "Setiap Detik Adalah Tarbiah Buat Diri Kita", dan x lupe juga same2 kita doakan kemenangan beroleh untuk ISLAM di Permatang Pasir nnt, TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR...

Syukran, Wassalam

Sunday, August 9, 2009

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Saiditina Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada
segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih

mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."