Monday, August 8, 2011

~ AMANAH dari Yang Esa~

BUAT SEMUA SAHABAT SEPERJUANGANKU

Dengan BismilLah ku bermula.
Bingkisan hati buatmu teman Yang dikasihi 
Kita bersama dalam satu ikatan.
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia.
Dirahmati dan diredhai.
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah Hati kami dalam mencintai.
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami Dari rakus mengejar duniawi.
Hidup mati biarlah untuk-Mu.
Harap dunia hanya di tangan.Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah.
Bersama kita hidup untuk-NyaKita dicipta di dunia fana.
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..Kita laksana bersama.Amanah dari-Nya demi.Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama.
Dari segala kepentingan dunia.
Bergandingan kita untuk Memburu cinta-Nya 
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati.Memohon kasih-Mu oh Tuhan.
Dalam mengharap redhaDari-Mu..”
“Hanya di dunia Kita harapkan, kita dambakan.
Selamat sejahtera, bahagia..”






p/s : Khas utk semua shbt.sahabiah seperjuanganku, Syukran my ukhti mukarramah iman =)

"Salam Ramadhan Karim...Allahuakram, Mg Ramadhan kali ini lbh baik dr sebelumnya.. (^_^)"

Tuesday, July 12, 2011

~ RuGi x BaCa... =) ~




"Semua peserta di minta keluar barisan dan berada di dalam bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu..
gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...

... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua"
ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.

ok bersedia?

BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..

Prittttt!!! wisel dibunyikan...

maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...

Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...

keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...

Baik... semua dapat gula-gula?

Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..

Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator

Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?

Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...

OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?

errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah

Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara ketua fasilitator sedikit meninggi..

peserta semua diam sambil menundukkan kepala..

nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk

ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??

10 sen..

baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?

Lebih..

dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??
peserta semua terdiam...

inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??
para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...

kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum...
suara fasilitator agak meninggi..

peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...

tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..

air mata semakin deras mengalir di pipi..

ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..

Nih tengok... baca! apa yang tertulis..??
ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"

Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...

ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing...

dah..
jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing

ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"

maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...

"Ok dah suap?"

"Dah..." jawab peserta kegirangan

Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?

er.. dah ustaz suruh?

aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?

hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..

"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."

dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan "jazakallah"

maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...

dah peluk...? soal ketua fasilitator

dah. jawab peserta dengan ringkas.

aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator

alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..

"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."

"err... para peserta masih berdiri"


"tak pe lah..

lah... ana kata duduk.. duduk la.."

"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."

"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."


3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...

"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator

"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"

"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"

"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."

"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."

"alamak.. kena lagi..."
para peserta mengeluh kerana salah memilih...

ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..

-Tamat-

p/s Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk pelajar sekolah seperti berikut.

Kotak: Harapan Pelajar
Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran

sekiranya ada sahabat-sahabat dsantai nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat dsantai... gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu ana cuba bantu, InsyAllah..

Perhatian:

1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas, tersepit

Selamat Mencuba!

*Perkongsian menarik dari blog : http://dsantai.blogspot.com/

Sunday, July 3, 2011

¬ PeLuDaH WaRNa - A.SAMAD SAID ¬

A. SAMAD SAID

01. 07. 2011
Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.


Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.


Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

sources: http://bm.bersih.org

Sunday, June 26, 2011

~USTAZAH PILIHAN : Antara Realiti dan Fantasi~

Rakyat Malaysia hari ini semakin dihidangkan dengan pelbagai program realiti TV yang boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Satu persatu program realiti TV diperkenalkan oleh stesen-stesen TV sama ada stesen TV percuma mahu pun stesen TV berbayar. Daripada program berbentuk hiburan seperti Akademia Fantasia dan Mentor hingga kepada program berbentuk ilmiah seperti Akademi Al-Quran dan Imam Muda.

Terbaru, satu lagi program realiti TV diperkenalkan oleh Astro Oasis yang berjudul Ustazah Pilihan yang akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat. Menerusi Ustazah Pilihan, 10 peserta yang terpilih akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi meneruskan pembelajaran amali dan praktikal yang diperlukan sepanjang lapan minggu di akademi, yang bertujuan memantapkan pengetahuan dari aspek keagamaan, hal ehwal teknologi, kewangan, kemasyarakatan serta kekeluargaan. Mereka akan diberikan tugasan tertentu sepanjang minggu berlandaskan format kitaran kehidupan yang membabitkan isu semasa berkaitan wanita manakala pendekatan yang digunakan pula harus relevan dengan realiti wanita zaman kini, malah markah diberikan bersandarkan kedua-dua kerja iaitu hasil kerja kumpulan serta kesungguhan individu itu sendiri.

Hari ini, rancangan-rancangan televisyen yang berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan makin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia khususnya umat Islam. Bukan sahaja industri lakonan yang semakin rancak dengan penghasilan filem dan drama berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan bahkan personaliti-personaliti seni turut sama mula kembali ke jalan fitrah. Kita lihat bagaimana satu anjakan paradigma berlaku dalam hidup beberapa personaliti TV seperti Malek Nor, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Irma Hasmie dan Catriona Ross. Malah antara yang paling mengejutkan ialah dengan kehadiran kumpulan Al-Mawleed yang terdiri daripada bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo yang kini beralih ke lagu-lagu berbentuk kerohanian.

Penghijrahan personaliti-personaliti terkenal tanah air diterima baik oleh masyarakat. Kita sememangnya mengharapkan nilai-nilai Islam diterapkan dalam segala aspek kehidupan termasuk dalam aspek hiburan seperti ini. Tambahan pula, realiti hari ini memperlihatkan bagaimana industri hiburan menjadi pengaruh besar kepada pemikiran dan perilaku kebanyakan masyarakat lebih-lebih lagi anak muda. Perkembangan ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam lain untuk mencontohi nilai-nilai Islam yang ditunjukkan.

Lantas, apabila pertama kali mendengar hebahan Ustazah Pilihan, rasa begitu teruja untuk menonton rancangan tersebut. Title “Ustazah Pilihan” pasti menjanjikan ikon wanita muslim yang memiliki ciri-ciri pilihan seperti berilmu, berakhlak tinggi, bijak, petah berbicara dan ciri-ciri tambahan lain yang bakal melayakkan seseorang itu menjadi “Ustazah Pilihan”. Sudah terbayang di fikiran bagaimana ramainya nanti muslimah di luar sana yang akan menjadi penonton dan peminat setia rancangan Ustazah Pilihan. Pasti akan ramai juga jejaka-jejaka di luar sana turut teruja dan setia menonton wanita-wanita muslim peserta Ustazah Pilihan. Jika rancangan Imam Muda mendapat sambutan hangat daripada masyarakat muslim khususnya anak muda, saya yakin dan percaya rancangan Ustazah Pilihan akan mendapat sambutan yang jauh lebih hangat.

Pendekatan dakwah dengan memperkenalkan program Ustazah Pilihan merupakan satu alternatif yang pada awalnya dilihat mampu memberi manfaat kepada penontonnya. Pasti akan ada penonton-penonton wanita yang mula menjadikan peserta-peserta Ustazah Pilihan sebagai idola mereka, mencontohi peribadi mereka dan mula memasang angan-angan mahu menjadi seperti mereka! Tidak kurang pula penonton-penonton dari kaum Adam, pasti akan ada yang bercita-cita mahukan pasangan hidup yang mempunyai ciri-ciri seperti peserta-peserta Ustazah Pilihan yang mana antara kelayakan mereka menjadi peserta ialah berkebolehan dalam komunikasi, berilmu, berpegang kukuh kepada agama, berdaya fikir tinggi serta matang.

Jika diberi pilihan sama ada untuk membiarkan masyarakat khususnya anak-anak muda menonton rancangan Akademi Fantasia atau Ustazah Pilihan, sudah tentu kami memilih Ustazah Pilihan!

Namun begitu, jika dilihat dari satu sudut pandang yang lain, kami cukup bimbang sekiranya perlaksanaan program Ustazah Pilihan nanti tidak selari dengan syariat yang Islam tetapkan. Teori selalunya lebih mudah berbanding praktikal. Walaupun pihak penganjur mengatakan bahawa program ini akan berpaksikan hukum syarak namun sejauh mana hal ini terjamin sepanjang perlaksanaan nanti yang pastinya setiap perkara akan datang bersama ujian dan cabaran.

Kami mula mempersoalkan bagaimana agaknya penampilan peserta-peserta Ustazah Pilihan nanti. Kalau peserta Imam Muda tampil dengan imej segak dan menarik, apatah lagi kaum Hawa. Adakah wanita-wanita yang bakal menghiasi pentas Ustazah Pilihan akan berpakaian menarik walaupun menutup aurat? Yakinkah kita tidak akan terjadinya tabarruj iaitu berhias untuk memperlihatkan perhiasan badannya (mekap/gaya tudung)? Tidakkah program seperti ini secara tidak langsung akan mempertontonkan personaliti wanita? Di mana pula perasaan malu seorang wanita apabila dipertontonkan di khalayak ramai untuk dinilai, disebut-sebut kelebihannya malah dipertandingkan peribadinya sedangkan istimewanya seorang wanita itu pada sifat malunya.

Adapun bila menyebut soal kecantikan, pasti akan ada penonton rancangan Ustazah Pilihan yang memandang kepada kecantikan peserta lebih-lebih lagi penonton lelaki. Terjaminkah peserta-peserta Ustazah Pilihan tidak akan dipandang dan memandang? Sudah tentu tidak. Dan yang paling menjadi kebimbangan ialah apabila memikirkan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebutTidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim). Tidak akan tergugatkah iman kaum Adam walaupun sedikit apabila memandang peserta-peserta Ustazah Pilihan yang berkemungkinan menjadi idaman penonton-penonton lelaki kelak? Layakkah wanita-wanita yang menjadi tontonan lelaki, yang namanya sering meniti di bibir lelaki malah yang mungkin menjadi khayalan lelaki diangkat menjadi “Ustazah Pilihan”?? Sedangkan kita tahu wanita yang baik tidak dipandang dan tidak memandang.
“Ustazah Pilihan” yang sebenar menurut pandangan kami bukanlah wanita yang hanya memiliki ilmu yang tinggi dan bakat yang luar biasa tetapi adalah wanita yang teguh aqidahnya, istiqamah ibadahnya dan mulia akhlaknya. Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad).

Kami suka untuk mengambil pendekatan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Kami melihat lebih banyak mudarat (keburukan) daripada maslahat (kebaikan) yang mungkin timbul daripada program Ustazah Pilihan. Banyak lagi pendekatan dakwah yang kita boleh ambil selain daripada mempertontonkan wanita kepada umum. Jika pihak penganjur masih berhajat mahu membentuk ikon pendakwah wanita melalui landasan akademik seperti ini, kami mencadangkan agar ia dijalankan secara tertutup dan tidak bersifat pertandingan. Islam memuliakan dan menghormati wanita, maka layanilah mereka dengan adil dan benar.

Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Penulis adalah Syahirah Zulkifli Timbalan Majlis Dakwah Dan Kebajikan GAMIS

*Sumber : http://www.mygamis.net/

Tinta Al-Faqirah : Ana amat bersetuju dengan pandangan di atas, walaupun dari satu sudut kita lihat ada banyak manfaatnya, ttp kalau kita lebih perhalusi perkara ini, banyak juga kesan yang akn timbul di sebalik program ini, tambahan lagi rancangan realiti ini lebih bersifat umum dan terbuka, ana lebih berpegang pada prinsip bahawa wanita itu lebih banyak mendatangkan fitnah di sebalik penonjolannya, banyak lagi medium dakwah lain yang kita boleh guna dan sampaikan. Sekadar pandangan dr diri sendiri...ramai jugak rujuk orang lain untuk minta pandangan mengenai rancangan ini, ttp majoritinya setuju melihat pada keadaan msyrkt sekarang, lain org lain pandangannya... mungkin ada baik & buruknya...Wallahua'lam ( ^_^ ) \/


Saturday, June 25, 2011

~KeMBaRa DaKWaH BERSAMA MUALLAF~

LAWATAN KE LATA KINJANG & LATA CHINCIN, PERAK



















Rumah Orang Asli, Lata Chincin


Pertandingan Sukaneka - Acara Boling Padang

Pertandingan Bola Sepak
Lata Kinjang VS Lata Chincin

Pertandingan Bola Tampar (Urusetia)
Ganu VS Perak














Majlis Penyampaian Hadiah



KURSUS JATI DIRI MUSLIM SAUDARA KITA

DI
KL INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR




























Slot LDK
"Apa perubahan yang kami akan buat di kampung?"






Slot LDK
Pertandingan mencipta bangunan yg paling tinggi

















Lawatan ke Muzium Orang Asli, Kuala Lumpur


KURSUS TAHSIN QIRAAH DI DEMONG BEACH RESORT, BESUT


















Alunan bacaan Al-Quran oleh Fasilitator Ustaz Yahya Ali
Naib Johan Akademi Quran


SEMINAR JALINAN UKHUWAH BERSAMA SAUDARA KITA
DI HOTEL SERI MALAYSIA, MARANG
































~ DaKWaH iTu INDaH JiKa SeGaLaNYa KeRaNa ALLAH ~


Tuesday, June 14, 2011

~ TaNZiM PAS SeSi 2011-2013 ~

PRESIDEN
YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

TIMBALAN PRESIDEN
TUAN HAJI MOHAMAD SABU


NAIB PRESIDEN
YB SALAHUDDIN AYUB


NAIB PRESIDEN
YB DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA


NAIB PRESIDEN
YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR


KETUA DEWAN ULAMAK
YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB


KETUA DEWAN PEMUDA
USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI


KETUA DEWAN MUSLIMAT
YB SITI ZAILAH YUSOF


SETIAUSAHA AGUNG
DATO’ HAJI MUSTAFA ALI


PEN. SETIAUSAHA AGUNG
YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN


PEN. SETIAUSAHA AGUNG
YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI


PEN. SETIAUSAHA AGUNG
TUAN AHMAD SABKI YUSUF


BENDAHARI PAS PUSAT
YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN


KETUA PENERANGAN PAS PUSAT
DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN


KETUA PENGARAH PILIHANRAYA
YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI


AHLI JAWATANKUASA KERJA
TUAN MAZLAN ALIMAN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR


AHLI JAWATANKUASA KERJA
TUAN HANIPA MAIDIN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DR DZULKEFLY AHMAD


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DR MUJAHID YUSOF RAWA


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB HJ KHALID ABD SAMAD


AHLI JAWATANKUASA KERJA
USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB IR AMIRUDDIN HAMZAH


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB HJ ABDUL WAHID ENDUT


AHLI JAWATANKUASA KERJA
DATO' USTAZ ABU BAKAR CHICK


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO' USTZ MOHD AMAR ABDULLAH


AHLI JAWATANKUASA KERJA
DATO' DR MAHFODZ MOHAMED


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DR SITI MARIAH MAHMUD


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO' DR HASSAN MOHAMAD ALI


AHLI JAWATANKUASA KERJA
USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO; SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK


AHLI JAWATANKUASA KERJA
USTAZAH NURIDAH SALLEH


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB NASHARUDIN MAT ISA


AHLI JAWATANKUASA KERJA
USTAZ IDRIS AHMAD


AHLI JAWATANKUASA KERJA
HAJI ASMUNI AWI


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
TUAN ZULKEFLY MOHAMMAD IMAR


AHLI JAWATANKUASA KERJA
ABANG AHMAD KERDEE MASAGUS


PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI

PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB ABDUL WAHID ENDUT

PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DR ABD RANI OSMAN

PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : YB MOHD TAUFEK ABDUL GHANI

PESURUHJAYA PAS MELAKA : TUAN ADLY ZAHARI

PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED

PESURUHJAYA PAS SABAH : TUAN AMINUDDIN HALIM

PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HAJI ADAM AHID



Sunday, May 22, 2011

JoM Baca...KiSaH MeNaRiK!

Adakah kita yang dilahirkan Islam dapat berhujah sebegini?

Dilulus terbit pada Thursday, May 01 @ 23:39:43 PDT oleh SongkokPutih
Oleh mangoscream


"Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macamtu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je ? kan elok ? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup"

Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia . Perjuangan ku bermula semasa aku berumur 19 tahun. , Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik . cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai secretary….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia " Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais ?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu , kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.


Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah oran Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam….. Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad , siapa Muhammad?.


Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.


Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada sex, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan.. Pencarian kepada tuhan.dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.


Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku’ OK kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya ? Aku yakin ada satu je..sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku.dan pilihanku.


Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya.. Yang membuat kan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘ setiap rekaan mesti ada perekanya" Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.


Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku…. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.


Lepas tu aku bertanya pada diriku ‘ Mana aku akan mula? Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku .Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."


Ok, lepas tu .."ini maknanya kita tolak Ugama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadai tinggal 3 saja ugama yang ada satu tuhan iaitu Islam , Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism ( Ugama Yahudi ) terdapat satu tuhan ,beberapa Rasul, 10 ‘commandments", Taurat, jiwa Yahudi…apa..apa jiwa Yahudi?


Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya " Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism ( ugama Yahudi )…’ tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan ugama itu patut universal (menyeluruh).


Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Krstian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan , maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil..


Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macamtu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je ? kan elok ? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?


Kita teruskan..Aku dapati Christianity ( agama Kristian) ok ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan ?


Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan , analogi lepas analogi .. aku tak dapat terima konsep ini...Ok kita tengok isu lain pula…


Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..


Ok kalau begitu maknaya kamu mengatakan bahwa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa. ? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan ? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa ? Yang ni pelik..takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya ? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan ? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu ? Tuhan tak zalim..mustahil…tak logik… aku tak percaya.


Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘ mengasihi manusia’ .. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata " Bapa , kenapa aku dibuat begini? " Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secra kejam .. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini . Ok agama selanjutnya adalah Islam


Islam bermaksud penyerahan diri. Kpercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan..dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok tak ada yang sukar untuk difahami.


Tak ada yang bercanggah dengan logikku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1400 tahu yang lalu.


Ok.Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya..semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan..Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknlogi.


Semakin aku membuat kajianku keatas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam..nama agama . Aku dapati ianya disebutkan banyak kali didalam Al-Quran.


Walau bagaimanapun , mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism didalam ‘Old Testament" atau Christianity didalam ‘New Testament" . Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir..Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"…


Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang..Ok..kita tengok pula siapakah Jesus Christ ..Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.


Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka..Bagi aku ini sangat pelik..aku tak boleh terima.


Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah" Tuan nak beli barangan (tiada nama ) ? Tentu sekali jawapan logik adalah ‘"Apakah barangan (tiada nama ) ini dipanggil ?..Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiadak ada nama bukan ?


Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan sebar kepada manusia diatas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.


Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu…tepat sekali..Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka , manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku…..Tak masuk akal.


Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.


Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.


Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran. Allahu Akbar.
Oleh Michael David Shapiro
Sumber terkini : Tranungkite Online

Monday, May 16, 2011

~ 10 PERKARA ~


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang
beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH S.W.T

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Moga kita tergolong dalam orang yang diredhai Allah....

* Dipetik dr sumber terkini



Tuesday, May 3, 2011

Tok Guru Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama


Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.


NONENik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

azlanMursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

osama bin laden dead protest 1Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.


*Sumber terkini

Tuesday, April 26, 2011

SIFAT-SIFAT YANG PERLU ADA PADA PIMPINAN

Bismillahirrahmanirahim.....

1. KENAL DAKWAH
-Mengetahui DAKWAHnya secara SEMPURNA, dan perlulah MENGAMBIL TAHU sungguh-sungguh perkara yang berkaitan dengan PEMIKIRAN, ARAHAN & PENTADBIRANnya.
-MENELITI KEGIATANnya, dan mengetahui segala PROGRAM dan TINDAKANNya.
-Jaminan kejayaan sebuah kepimpinan adalah bergantung kepada HUBUNGAN RAPAT dengan BARISAN PIMPINAN, bergerak BERSAMA-SAMA dengan KUMPULAN yang bergerak dan JANGAN SEKALI2 MENGASINGKAN DIRI.
-Tanggungjawabnya adalah sentiasa BERHUBUNG dengan BARISAN TENTERA dakwah, MENGETAHUI MASALAH serta PEMIKIRAN mereka.

2. KENAL DIRI
-WAJIB mengetahui tempat2 KEKUATAN & KELEMAHAN dirinya.
(i) Mengetahui KELEMAHAN dan berusaha MEMPERBAIKI & MEMPERKUATKANNYA.
(ii)Mengenali KEKUATAN dan BERUSAHA MENGGERAK & MENYUBURKANNYA.
(iii)Mengambil berat ttg mengembangkan ILMU, membaca PENDAPAT2, PEMIKIRAN2 POLITIK, KEMASYARAKATAN, EKONOMI & sebagainya.
(iv)Mengambil berat TOKOH2 PEMIMPIN ISLAM dan lainnya, di samping berusaha mengetahui CARA-CARA PIMPINAN meraka serta FAKTOR2 KEJAYAAN @ KEGAGALAN mereka.

3. MENGAMBIL BERAT TENTANG AHLI
-Cuba MENGETAHUI MASALAH ahli dengan BERSUNGGUH2 mengikut KEADAAN HIDUP dan KEDUDUKAN meraka, berSIMPATI dengan mereka, BEKERJA menyelesaikan masalah, membantu keMANTAPan ahli dan MENGUKUHKAN KEPERCAYAAN meraka kepadanya. Dengan itu, TENAGA untuk GERAK KERJA dapat diMANFAATkan sebaik mungkin.

4. TELADAN YG BAIK
-Ahli sentiasa melihat pimpinan mereka sbg CONTOH dan TELADAN utk mereka mengikuti JEJAK LANGKAHnya. Jadi, TINGKAH LAKU, KEGIATAN, SIKAP AKTIF, AKHLAQ, PERKATAAN & KERJAYANYA, semuanya itu member KESAN yang MENDALAM kepada Organisasi seluruhnya.Sesungguhnya Rasuullah S.A.W adalah menajdi teladan kepada para sahabatnya.


5. PANDANGAN YG MANTAP
-Keupayaan seorang pemimpin BERTINDAK SEGERA lagi TEPAT, serta dapat MENYELESAIKAN MASALAH dlm semua SUASANA dan KEADAAN dengan sendirinya akan mendapat PENILAIAN dan KEPERCAYAAN ahli.

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Sesungguhnya Allah kasih kepada penglihatan yang tajam ketika berlaku kesamaran dan Allah sukakan aqal yang sempurna yang dapat menahan serangan nafsu”

6. AZAM YG KUAT
-Kekuatan KEHENDAK atau AZAM adalah menjadi salah satu rukun kePERIBADIaan pemimpin, dan dapat menyelesaikan persoalan dan perkara2 yang susah dalam menghadapi segala MEHNAH dan TRIBULASI dalam perjuangan.

7. DAYA TARIKAN SEMULAJADI
-Sifat tabi’e seseorang pemimpin utk menarik orang ramai tanpa menggunakan paksaan, yakni kePERIBADIan yang BAIK.

8. YAKIN
-BerkeYAKINan dan BERLAPANG DADA. TIDAK CEPAT PUTUS ASA kerana ia merupakan FAKTOR UTAMA KEMUSNAHAN HIDUP INDIVIDU dan MASYARAKAT. Yakin dengan janji dan pertolongan Allah S.W.T bagi orang yang menolong memperjuangkan agamaNYA.

Firman Allah S.W.T,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
(Surah Muhammad : 7)



Wallahua’lam….Untuk perkongsian dan peringatan bagi yang bergelar Da’ie dan Pemimpin. Moga ianya dapat kita manfaatkan bersama-sama. Salam Muhasabah & Mujahadah…

Sabda Rasulullah S.A.W

"Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Setiap kepala negara adalah pemimpin dan ia bertanggung jawab atas kepemimpinannya (rakyat). "

~ Diolah dari Buku Tokoh Islam yang masyhur, Fathi Yakan “Al-Mutasaqitun ala Toriqi Dakwah (GOLONGAN YG TERCICIR DARI JALAN DAKWAH)”

~ Al-Faqirah IlaLLAH ~
Musim Imtihan Niha’ie..
“DaKWaH iTu InDaH”

GOOD LUCK FOR ALL! (^_^) \/