Tuesday, May 25, 2010

MAD'U CARI DA'IE ATAU SEBALIKNYA

Salam mujahadah, perkongsian bersama utk para sahabat2 seperjuangan, mai pakat2 baca deh :)


Saya terpanggil untuk mencoret sesuatu yang saya rasa ada rasionalnya jika dikongsikan dengan sahabat bagi sama-sama kita lihat konteks situasi sekarang ini.

Setelah secara zahirnya kita ditiupkan roh oleh Allah utk hidup dimuka bumi ini. Kita sebagai manusia mempunyai suatu sifat yang kuat dalam diri kita iaitu sifat ingin tahu. Sifat ingin tahu inilah juga boleh dikatakan sebagai ilmu pengetahuan. Pada umur awalnya kita disuap dengan pelbagai ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan juga suapan dari masyarakat disekeliling kita.Sebabnya, banyak sekali sisi-sisi kehidupan yang menjadi pertanyaan dalam diri kita.

Namun disini bukanlah ingin membicarakan mengenai ilmu, tetapi apa yang saya ingin ketengahkan ialah konteks isu semasa yang saya perhatikan dari kaca mata sendiri. Untuk lebih jelas, saya sebenarnya ingin membicarakan mengenai suatu situasi dimana guru ( duat ) mencari pelajar ( mad'u ) atau sepatutnya pelajar ( mad'u ) mencari guru ( duat ). Guru ( Duat ) Mencari Pelajar ( Mad'u ) Dalam konteks yang bagaimana duat perlu mencari mad'u nya?

Persoalan ini ingin saya lontarkan kepada kepemimpinan masyarakat mahupun masyarakat yang saya kategorikan sebagai faham. Bagi saya sebagai masyarakat yang sedar, faham dan mempunyai ilmu atau juga seorang da'ie, mereka perlu sedar bahawa dibahu mereka sebenarnya tertanggung satu beban. beban yang diamanahkan dan diberi kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan tugas untuk menyeru manusia kepada Allah (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa.

Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam. Menyeru manusia kepada Allah adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Menyeru manusia kepada Allah menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“Jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideology, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.

Menyeru manusia kepada Allah adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan).

Melalui pemerhatian saya terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman di jiwa, adalah kerana tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan masyarakat berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam; secara mereka sedari ataupun tidak.

Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang soleh.

Mungkin apa yang saya perkatakan diatas merupakan suatu konteks yang besar iaitu masyarakat, baik, kita perkecilkan kepada suasana kampus. Sebagai da'ie, perkara yang sama juga kita perlu lakukan bagi menarik lebih ramai mad'u untuk diberi kefahaman. Saya bercakap berdasarkan pemerhatian bahawa perlu ada tindakan dari dai'e tuk mencari mad'u kerana kebanyakkan mad'u yang baru ini sebenarnya sedang mencari identiti mereka yang sebenar.

Masa yang paling ideal untuk para da'ie bertindak ialah ketika semester pertama lagi. Ini merupakan masa yang paling sesuai bagi memandu mad'u yang baru memahami perjuangan seorang mahasiswa dikampus, bukan hanya sebagai pelajar, menduduki peperiksaan atau ujian, akan tetapi juga sebagai mahasiswa yang bersama dalam perjuangan Islam.

Pelajar ( Mad'u ) Mencari Guru ( Da'ie ). Namun begitu, mad'u sebenarnya tidak terlepas begitu sahaja. Sebelum itu, setuju atau tidak jika sayaa katakan bahawa da'ie juga mad'u dan mad'u juga da'ie? Saya katakan demikian berdasarkan hadis dari nabi dimana : "Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Maknanya disini, mad'u yang menerima suatu ilmu agama juga perlu menyampaikan apa yang dia pelajari. Maka disini mad'u tadi juga orang yang menyeru ataupun da'ie. Jadi setelah apa yang si mad'u itu peroleh, seharusnya dia perlu mencari kebenarannya. Melalui siapa? Tentulah melalui seoarang da'ie. Mad'u yang cintakan ilmu dan faham apa yang disampaikan dai'e ditambah pula dengan rahmat Allah, insyaAllah akan terus mencari, memperbaiki dan mengubah hidupnya supaya diredhai Allah.

Kesimpulan Jadi disini jelas bahawa kedua-dua situasi ini perlu ada dalam suasana atau waqi' sebagai seorang dai'e mahupun mad'u, mad'u perlu mencari seorang dai'e dan dai'e juga perlu mencari mad'u. Ini kerana, kedua-duanya saling memerlukan bagi menghasilkan sebuah masyarakat yang faham, beramal dan berjuang untuk Islam keseluruhannya. Wallahu a'lam.

* Sumber terkini dari Ppt Smaasza.

p/s : Hakikat yg sebenarnya kedua2nya saling memerlukan, right??...Syukur Alhamdulillah berada dlm kos dakwah, confuse gak dr IT blh lompat ke Dakwah.Setiap sesuatu ade hikmahnya, InsyaAllah!


"Dakwah itu INDAH"

Wednesday, May 12, 2010

~DiTuJuKan KhaS Buat SaHaBaT-SaHaBat SePeRJuanGaNKu~

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kau tetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu


*Untuk sahabat/sahabiah seperjuanganku...

Assalamualaikum w.b.t, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, salam perjuangan buat sahabat/sahabiah serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.Moga Allah masih lagi memberi kita nikmat Iman dan Islam untuk mengiringi kehidupan kita sehari-hari, insyaAllah.Sudah lama x mencoretkan sesuatu di blog ini,agaknya sudah bersawang rasenya, walaupun hari menjenguk ke blog tapi entah kenapa begitu berat utk mencoretkan sesuatu walaupun perasaan membuak2 untuk berkongsi ilmu dan inzar utk diri sendiri lebih2 lagi dan utk sahabat2 dan pembaca sekalian.Sayu hati bila melawat satu persatu blog sahabat2 seperjuangan, kebanyakan berkisar ttg perpisahan, setiap peristiwa dan aktiviti yg berlaku bersama sahabat-sahabat satu persatu mula menjengah ke memori kepala, teringat kembali saat perpisahan bersama batch seperjuangan ana, kini batch adik2 pula, begitulah lumrah kehidupan manusia...setiap pertemuan pasti ade perpisahan.naam?? So kena kuat ye! :)

Sahabatku...Usah ditangisi perpisahan yang berlaku, sememangnya itu lumrah kehidupan, perjuangan tetap perlu diteruskan biar dimana pun kita, walau kemana pun kita, mungkin tempat dan haluan kita berbeza, tapi ingat!!....perjuangan kita sama untuk menuju kepada matlamat yang satu (Allah s.w.t) bertunjangkan roh aqidah islamiah, sememangnya ia amat pahit utk melaluinya ttp kepahitan itu akan berlalu dan akan disusuli dengan kemanisan insyaAllah, kuatkan semangat dirimu untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang, ketahuilah sahabat2 ku, di luar sana makin kuat dugaan dan ujian yang terpaksa ditempuhi, itu medan kita yang sebenar, disitu byk mengajar kita erti kehidupan dan sebagainya...kadang2 mungkin kita merasakan kuat kerana adanya teman seperjuangan disisi kita, tapi sampai bila ianya akan kekal, seandainya dia tiada usah kau merasa lemah, seharusnya engkau kena kuat, kerana masih ade yang sentiasa menemanimu dalam setiap detik nafasmu yakni Allah s.w.t.

Sahabatku...ingatlah, masih akan tetap utuh ikatan ukhuwah islamiah fillah yg dibina sepanjang kta berada di medan perjuangan ini, walaupun tiada di depan mata akan sentiasa diingati dalam setiap doa sahabat-sahabat, Sahabat...usah kau merasakan kehilangan tongkat tempat engkau bergantung, kerana masih ade yang lebih kuat untuk menongkat dirimu sepanjang perjalanan hidupmu, Sahabat..mungkin mulut senang utk bebicara dan meluahkan kate2, hakikatnya itulah yang sebenarnya yang perlu kta tempuhi, walaupun ia terlalu menguji iman kita. Ingatlah wahai sahabatku...pergantungan kita dengan Allah s.w.t adalah yang paling utama, sejauhmana keimanan kita padaNYA. Bilamana kita jauh dariNYA, makin jauhlah DIA dengan kita.

Sahabatku...Perjuangan kita ini bukan berlandaskan pada semangat yang tinggi dan kata2 semata-mata tetapi bagaimana kita melaksanakan dan mengamalkan segala ilmu yang kita perolehi dalam perjuangan ini.Mungkin sejak akhir-akhir ini macam2 perasaan yang kita rasakan, kadang2 tidak dapat diluahkan melalui kata-kata, tapi ingatlah sahabat-sahabat mengadulah padaNYA kerana DIAlah sebaik2 tempat pengaduan, sebaik2 tempat utk kita meminta pertolongan dan sebaik2 tempat utk semua masalah yang kita hadapi.Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah itu pegangan hidup kita.

Sahabatku... janganlah dipinta utk Allah menghilangkan segala bebanan dan masalah yang kita hadapi, tetapi mintalah utk Allah memberi kita kekuatan utk menghadapi semua itu.Sesungguhnya dalam perjuangan tiada kesenangan dunia yang akn kita perolehi, melainkan nikmat kesenangan yang kekal abadi yang telah Allah janjikan buat hamba2nya di akhirat kelak, insyaAllah.

Salam Ukhuwah dan salam perjuangan buat sahabat2ku yang baru melangkah kaki keluar dari bumi tarbiah kita.Ingatlah.... "Setiap Detik yang kita lalui adalah Tarbiah".Mohon doa utk sahabat2 yang masih tinggal untuk terus istiqamah, insyaAllah.


"Saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dlm perjuangan, & saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"

- Syed Qutb -