Thursday, September 2, 2010

"Sepinggan DOSA Berulam PAHALA"

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Ramadhan Karim kepada semua sahabat/sahabiah, muslimin & muslimat yg diredhai oleh Allah s.w.t sekalian.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat baginda.Moga kita semua masih diberi nikmat Iman dan Islam oleh Allah s.w.t dlm bulan ramadhan yg penuh dgn keberkatan dan kemuliaan ini insyaAllah.Asif jiddan, sudah sekian lama menyepi dalam dunia bloggers dek kerana kesibukan ataupun 'buat2 sibuk' :), Sahabat/sahabiah yg dirahmati Allah sekalian, sedar x sedar kita sudah pun memasuki fasa terakhir ramadhan yang masih berbaki tidak kurang dr 10 hari lagi, mungkin dalam kesibukan masing2 yang sedang bersiap sedia pulang ke kampung halaman masing2 utk menemui keluarga yang sekian lama dirindui setelah penat memerah otak di medan menuntut ilmu, peringatan utk diri ana sendiri dan juga sahabat/sahabiah sekalian agar kita tidak lupa & leka untuk terus meningkatkan amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini yang merupakan suatu 'hadiah' yg amat bernilai diberikan oleh Allah s.w.t kpd hamba2nya, di samping itu utk kita terus mencari dan memburu malam 'Lailatul Qadar', moga2 kita semua tergolong di kalangan itu, insyaAllah.

Sewaktu meng'surfing' internet, ana tertarik pada satu artikel, dan ingin ana kongsikan bersama sahabat/sahabiah memandangkan jika kita lihat realiti kita sekarang amat banyak berlakunya perkara2 seumpama ini.Moga2 artikel yg ingin ana kongsikan ini dapat sama2 kita ambil pengajaran dan tauladan kerana tidak dinafikan kita sebagai manusia yang sentiasa alpa dan sering melakukan kesilapan.Jom kita sama2 baca, hayati dan ambik iktibar disebalik artikel ini.


"Sepinggan DOSA Berulam PAHALA"

Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti.

Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul.

Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.

Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…


Assalamualaikum WBT.

Terdiam ustaz membaca email ukhti.

Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan kes yang sama.

Percaya atau tidak, kes seperti ini semakin menular di kalangan generasi ukhti, sekurang-kurangnya pada apa yang sampai ke pengetahuan ustaz. Ustaz perlukan banyak masa untuk merenung dan berfikir, di manakah silapnya.

Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun bertahajjud… tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.

Semakin ramai siswa dan siswi cuba menjustifikasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.

Ustaz tak tahu nak start dari mana. Tetapi subjek utama dalam masalah ini adalah diri ukhti sendiri. Bukan soal teman lelaki ukhti, bukan soal apa yang Allah qadha dan qadarkan ke atas ukhti, bukan bakal anak yang nanti terkesan oleh dosa yang sedang dilakukan hari ini. Semuanya adalah persoalan diri ukhti sendiri. Sama ada ukhti mahu mengubah keadaan ini atau tidak. Itu sahaja.

Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang ‘manis’ itu, maka ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca maksiat kepada satu sama lain.

Jika hubungan ini diteruskan, ukhti dan teman itu akan memikul kesannya di kemudian hari.

Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum.

Maka, di masa depan nanti, suami akan sentiasa berfikir, jika ukhti berani melawan Allah bersamanya, apa lagi yang mampu menyekat ukhti dari melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain. Ukhti juga akan berfikir, jika dia pernah berani beberapa kali membelakangkan Allah dalam perhubungan ini bersama ukhti, apa yang boleh menghalangnya dari melakukan perkara yang sama dengan perempuan lain.

Inilah yang ustaz temui di sepanjang pengalaman hidup, bertemu dengan pasangan yang pernah berdosa sebelum berumahtangga. Amat berat hukuman Allah apabila sebuah rumahtangga dibina tanpa kepercayaan di antara satu sama lain. Ia adalah hukuman dunia sebelum hukuman Akhirat.

Jika ukhti dan si dia masih bertarung dengan perasaan, maka ustaz boleh menasihati agar kalian saling berusaha untuk menjaga diri dan mempercepatkan perkahwinan. Tetapi ukhti dan si dia sudah saling bersentuhan, maka sama ada segeralah berkahwin, jika berani berdepan dengan risiko itu (mudah-mudahan terhindar dengan taubat bersama yang benar-benar tulen) atau saling berhijrahlah antum dengan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dari-Nya.

Ustaz bersimpati dengan gelora yang ukhti hadapi tetapi ustaz enggan menghulurkan simpati itu andai ia menyebabkan ukhti mendapat ketenangan kerana tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.

Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang ukhti katakan ‘baik’.

Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.

Ustaz doakan ukhti beroleh kekuatan dan petunjuk dari Allah untuk menyusun kembali kehidupan. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya.

Tiada siapa yang mampu membantu ukhti kecuali ukhti sendiri sebagai tuan empunya badan dan kehidupan.

Salam dan doa dari ustaz.

ABU SAIF


*Dipetik dari ABU SAIF @ www.saifulislam.com


Minni : Duhai sahabat/sahabiah, muslimin dan muslimat sekalian, jika kita betul2 menghayati kisah di atas, mungkin kadang2 kita x sedar apa yg kita rasakan betul dalam membuat perkara2 kebaikan sebenarnya bercampur antara yang hak dan yg batil, sepertinya perkara ini mengundang kepada "matlamat tidak menghalalkan cara". Andainya kita betul2 mengikuti panduan yang telas digariskan oleh Allah s.w.t, insyaAllah kita tidak akan terjerumus kepada perkara2 kemaksiatan.Sememangnya x dinafikan kita sebagai manusia biasa sering melakukan kesilapan yg sentiasa alpa dan sering didorong dgn hawa nafsu, tetapi haruslah kita mujahadah diri kita utk melawannya, andainya kita lemah dan cepat putus asa ia akn menguasai diri kita.Fitrah manusia sentiasa mahukan cinta, kasih sayang dan perhatian tetapi harus diingatkan agar kita x membuat perkara yg menyalahi syariat Allah s.w.t, insafilah diri kita...tiada cinta yang hakiki dan abadi melainkan cinta pd Allah s.w.t, nescaya kamu tidak akn menyesalinya, InsyaAllah (peringatan utk diriku lebih2 lagi yang lemah lg kerdil, alFaqirah ilallah).Sama2lah kita saling memperingati antr satu sama lain.Salam mencari "Lailatul Qadar".


" Hati itu kadangkala perlu jua diketuk ia dgn ujian, agar ia terdidik utk tidak sentiasa selesa pada "kesukaan" tp juga selesa dgn "kesakitan" Jadi senyumlah wahai saudara2ku, walau suka walau duka krn yg suka itu anugerah dan yg duka itu tarbiyyah dr ILAHI buat hambanya yg dikasihi "