Sunday, June 26, 2011

~USTAZAH PILIHAN : Antara Realiti dan Fantasi~

Rakyat Malaysia hari ini semakin dihidangkan dengan pelbagai program realiti TV yang boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Satu persatu program realiti TV diperkenalkan oleh stesen-stesen TV sama ada stesen TV percuma mahu pun stesen TV berbayar. Daripada program berbentuk hiburan seperti Akademia Fantasia dan Mentor hingga kepada program berbentuk ilmiah seperti Akademi Al-Quran dan Imam Muda.

Terbaru, satu lagi program realiti TV diperkenalkan oleh Astro Oasis yang berjudul Ustazah Pilihan yang akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat. Menerusi Ustazah Pilihan, 10 peserta yang terpilih akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi meneruskan pembelajaran amali dan praktikal yang diperlukan sepanjang lapan minggu di akademi, yang bertujuan memantapkan pengetahuan dari aspek keagamaan, hal ehwal teknologi, kewangan, kemasyarakatan serta kekeluargaan. Mereka akan diberikan tugasan tertentu sepanjang minggu berlandaskan format kitaran kehidupan yang membabitkan isu semasa berkaitan wanita manakala pendekatan yang digunakan pula harus relevan dengan realiti wanita zaman kini, malah markah diberikan bersandarkan kedua-dua kerja iaitu hasil kerja kumpulan serta kesungguhan individu itu sendiri.

Hari ini, rancangan-rancangan televisyen yang berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan makin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia khususnya umat Islam. Bukan sahaja industri lakonan yang semakin rancak dengan penghasilan filem dan drama berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan bahkan personaliti-personaliti seni turut sama mula kembali ke jalan fitrah. Kita lihat bagaimana satu anjakan paradigma berlaku dalam hidup beberapa personaliti TV seperti Malek Nor, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Irma Hasmie dan Catriona Ross. Malah antara yang paling mengejutkan ialah dengan kehadiran kumpulan Al-Mawleed yang terdiri daripada bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo yang kini beralih ke lagu-lagu berbentuk kerohanian.

Penghijrahan personaliti-personaliti terkenal tanah air diterima baik oleh masyarakat. Kita sememangnya mengharapkan nilai-nilai Islam diterapkan dalam segala aspek kehidupan termasuk dalam aspek hiburan seperti ini. Tambahan pula, realiti hari ini memperlihatkan bagaimana industri hiburan menjadi pengaruh besar kepada pemikiran dan perilaku kebanyakan masyarakat lebih-lebih lagi anak muda. Perkembangan ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam lain untuk mencontohi nilai-nilai Islam yang ditunjukkan.

Lantas, apabila pertama kali mendengar hebahan Ustazah Pilihan, rasa begitu teruja untuk menonton rancangan tersebut. Title “Ustazah Pilihan” pasti menjanjikan ikon wanita muslim yang memiliki ciri-ciri pilihan seperti berilmu, berakhlak tinggi, bijak, petah berbicara dan ciri-ciri tambahan lain yang bakal melayakkan seseorang itu menjadi “Ustazah Pilihan”. Sudah terbayang di fikiran bagaimana ramainya nanti muslimah di luar sana yang akan menjadi penonton dan peminat setia rancangan Ustazah Pilihan. Pasti akan ramai juga jejaka-jejaka di luar sana turut teruja dan setia menonton wanita-wanita muslim peserta Ustazah Pilihan. Jika rancangan Imam Muda mendapat sambutan hangat daripada masyarakat muslim khususnya anak muda, saya yakin dan percaya rancangan Ustazah Pilihan akan mendapat sambutan yang jauh lebih hangat.

Pendekatan dakwah dengan memperkenalkan program Ustazah Pilihan merupakan satu alternatif yang pada awalnya dilihat mampu memberi manfaat kepada penontonnya. Pasti akan ada penonton-penonton wanita yang mula menjadikan peserta-peserta Ustazah Pilihan sebagai idola mereka, mencontohi peribadi mereka dan mula memasang angan-angan mahu menjadi seperti mereka! Tidak kurang pula penonton-penonton dari kaum Adam, pasti akan ada yang bercita-cita mahukan pasangan hidup yang mempunyai ciri-ciri seperti peserta-peserta Ustazah Pilihan yang mana antara kelayakan mereka menjadi peserta ialah berkebolehan dalam komunikasi, berilmu, berpegang kukuh kepada agama, berdaya fikir tinggi serta matang.

Jika diberi pilihan sama ada untuk membiarkan masyarakat khususnya anak-anak muda menonton rancangan Akademi Fantasia atau Ustazah Pilihan, sudah tentu kami memilih Ustazah Pilihan!

Namun begitu, jika dilihat dari satu sudut pandang yang lain, kami cukup bimbang sekiranya perlaksanaan program Ustazah Pilihan nanti tidak selari dengan syariat yang Islam tetapkan. Teori selalunya lebih mudah berbanding praktikal. Walaupun pihak penganjur mengatakan bahawa program ini akan berpaksikan hukum syarak namun sejauh mana hal ini terjamin sepanjang perlaksanaan nanti yang pastinya setiap perkara akan datang bersama ujian dan cabaran.

Kami mula mempersoalkan bagaimana agaknya penampilan peserta-peserta Ustazah Pilihan nanti. Kalau peserta Imam Muda tampil dengan imej segak dan menarik, apatah lagi kaum Hawa. Adakah wanita-wanita yang bakal menghiasi pentas Ustazah Pilihan akan berpakaian menarik walaupun menutup aurat? Yakinkah kita tidak akan terjadinya tabarruj iaitu berhias untuk memperlihatkan perhiasan badannya (mekap/gaya tudung)? Tidakkah program seperti ini secara tidak langsung akan mempertontonkan personaliti wanita? Di mana pula perasaan malu seorang wanita apabila dipertontonkan di khalayak ramai untuk dinilai, disebut-sebut kelebihannya malah dipertandingkan peribadinya sedangkan istimewanya seorang wanita itu pada sifat malunya.

Adapun bila menyebut soal kecantikan, pasti akan ada penonton rancangan Ustazah Pilihan yang memandang kepada kecantikan peserta lebih-lebih lagi penonton lelaki. Terjaminkah peserta-peserta Ustazah Pilihan tidak akan dipandang dan memandang? Sudah tentu tidak. Dan yang paling menjadi kebimbangan ialah apabila memikirkan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebutTidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim). Tidak akan tergugatkah iman kaum Adam walaupun sedikit apabila memandang peserta-peserta Ustazah Pilihan yang berkemungkinan menjadi idaman penonton-penonton lelaki kelak? Layakkah wanita-wanita yang menjadi tontonan lelaki, yang namanya sering meniti di bibir lelaki malah yang mungkin menjadi khayalan lelaki diangkat menjadi “Ustazah Pilihan”?? Sedangkan kita tahu wanita yang baik tidak dipandang dan tidak memandang.
“Ustazah Pilihan” yang sebenar menurut pandangan kami bukanlah wanita yang hanya memiliki ilmu yang tinggi dan bakat yang luar biasa tetapi adalah wanita yang teguh aqidahnya, istiqamah ibadahnya dan mulia akhlaknya. Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad).

Kami suka untuk mengambil pendekatan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Kami melihat lebih banyak mudarat (keburukan) daripada maslahat (kebaikan) yang mungkin timbul daripada program Ustazah Pilihan. Banyak lagi pendekatan dakwah yang kita boleh ambil selain daripada mempertontonkan wanita kepada umum. Jika pihak penganjur masih berhajat mahu membentuk ikon pendakwah wanita melalui landasan akademik seperti ini, kami mencadangkan agar ia dijalankan secara tertutup dan tidak bersifat pertandingan. Islam memuliakan dan menghormati wanita, maka layanilah mereka dengan adil dan benar.

Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Penulis adalah Syahirah Zulkifli Timbalan Majlis Dakwah Dan Kebajikan GAMIS

*Sumber : http://www.mygamis.net/

Tinta Al-Faqirah : Ana amat bersetuju dengan pandangan di atas, walaupun dari satu sudut kita lihat ada banyak manfaatnya, ttp kalau kita lebih perhalusi perkara ini, banyak juga kesan yang akn timbul di sebalik program ini, tambahan lagi rancangan realiti ini lebih bersifat umum dan terbuka, ana lebih berpegang pada prinsip bahawa wanita itu lebih banyak mendatangkan fitnah di sebalik penonjolannya, banyak lagi medium dakwah lain yang kita boleh guna dan sampaikan. Sekadar pandangan dr diri sendiri...ramai jugak rujuk orang lain untuk minta pandangan mengenai rancangan ini, ttp majoritinya setuju melihat pada keadaan msyrkt sekarang, lain org lain pandangannya... mungkin ada baik & buruknya...Wallahua'lam ( ^_^ ) \/


Saturday, June 25, 2011

~KeMBaRa DaKWaH BERSAMA MUALLAF~

LAWATAN KE LATA KINJANG & LATA CHINCIN, PERAK



















Rumah Orang Asli, Lata Chincin


Pertandingan Sukaneka - Acara Boling Padang

Pertandingan Bola Sepak
Lata Kinjang VS Lata Chincin

Pertandingan Bola Tampar (Urusetia)
Ganu VS Perak














Majlis Penyampaian Hadiah



KURSUS JATI DIRI MUSLIM SAUDARA KITA

DI
KL INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR




























Slot LDK
"Apa perubahan yang kami akan buat di kampung?"






Slot LDK
Pertandingan mencipta bangunan yg paling tinggi

















Lawatan ke Muzium Orang Asli, Kuala Lumpur


KURSUS TAHSIN QIRAAH DI DEMONG BEACH RESORT, BESUT


















Alunan bacaan Al-Quran oleh Fasilitator Ustaz Yahya Ali
Naib Johan Akademi Quran


SEMINAR JALINAN UKHUWAH BERSAMA SAUDARA KITA
DI HOTEL SERI MALAYSIA, MARANG
































~ DaKWaH iTu INDaH JiKa SeGaLaNYa KeRaNa ALLAH ~


Tuesday, June 14, 2011

~ TaNZiM PAS SeSi 2011-2013 ~

PRESIDEN
YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

TIMBALAN PRESIDEN
TUAN HAJI MOHAMAD SABU


NAIB PRESIDEN
YB SALAHUDDIN AYUB


NAIB PRESIDEN
YB DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA


NAIB PRESIDEN
YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR


KETUA DEWAN ULAMAK
YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB


KETUA DEWAN PEMUDA
USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI


KETUA DEWAN MUSLIMAT
YB SITI ZAILAH YUSOF


SETIAUSAHA AGUNG
DATO’ HAJI MUSTAFA ALI


PEN. SETIAUSAHA AGUNG
YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN


PEN. SETIAUSAHA AGUNG
YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI


PEN. SETIAUSAHA AGUNG
TUAN AHMAD SABKI YUSUF


BENDAHARI PAS PUSAT
YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN


KETUA PENERANGAN PAS PUSAT
DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN


KETUA PENGARAH PILIHANRAYA
YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI


AHLI JAWATANKUASA KERJA
TUAN MAZLAN ALIMAN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR


AHLI JAWATANKUASA KERJA
TUAN HANIPA MAIDIN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DR DZULKEFLY AHMAD


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DR MUJAHID YUSOF RAWA


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB HJ KHALID ABD SAMAD


AHLI JAWATANKUASA KERJA
USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB IR AMIRUDDIN HAMZAH


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB HJ ABDUL WAHID ENDUT


AHLI JAWATANKUASA KERJA
DATO' USTAZ ABU BAKAR CHICK


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO' USTZ MOHD AMAR ABDULLAH


AHLI JAWATANKUASA KERJA
DATO' DR MAHFODZ MOHAMED


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DR SITI MARIAH MAHMUD


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO' DR HASSAN MOHAMAD ALI


AHLI JAWATANKUASA KERJA
USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO; SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK


AHLI JAWATANKUASA KERJA
USTAZAH NURIDAH SALLEH


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB NASHARUDIN MAT ISA


AHLI JAWATANKUASA KERJA
USTAZ IDRIS AHMAD


AHLI JAWATANKUASA KERJA
HAJI ASMUNI AWI


AHLI JAWATANKUASA KERJA
YB DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN


AHLI JAWATANKUASA KERJA
TUAN ZULKEFLY MOHAMMAD IMAR


AHLI JAWATANKUASA KERJA
ABANG AHMAD KERDEE MASAGUS


PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI

PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB ABDUL WAHID ENDUT

PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DR ABD RANI OSMAN

PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : YB MOHD TAUFEK ABDUL GHANI

PESURUHJAYA PAS MELAKA : TUAN ADLY ZAHARI

PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED

PESURUHJAYA PAS SABAH : TUAN AMINUDDIN HALIM

PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HAJI ADAM AHID