Sunday, January 10, 2010

Isu Penggunaan Kalimah "ALLAH"

Seminggu dua minggu ini di akhbar Arus Perdana, stesyen T.V tempatan malah berlebih lagi di internet hampir kebanyakan blogger politik pasti membincangkan berita sensasi berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Malaysia.

Ada di kalangan ulama kita yang menyokong dan ada di kalangan ulama yang menentang. Ustaz Harun Din , Ustaz Zaharuddin dan juga Ustaz Zamihan menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Malaysia. Manakala Ustaz Asri Zanul Abidin mantan Mufti Negeri Perlis serta beberapa orang ustaz-ustaz aliran Salafi Wahabi pula menyokong penggunaan kalimah ‘Allah’. Masyarakat awam jadi keliru, rata-rata memperkatakannya di masjid dan surau juga tidak ketinggalan di kuliah-kuliah di setiap masjid dan surau pasti isu ini disentuh oleh penceramah-penceramah agama. Malah di warung-warung kopi juga tidak ketinggalan memperkatakannya. Yang jelas orang awam menjadi keliru. Yang mana satu yang benar dan yang mana satu yang tepat?

Karkun-karkun yang biasanya tidak menyentuh persoalan politik semasa namun turut juga terheret memperkatakan isu yang sensitif ini. Yang menyedihkan ada di kalangan penulis blog politik Tanah Air turut mengutuk ulama yang tidak sefaham dengan pandangan mereka. Sebagai contoh ada di kalangan ustaz juga salah seorang penulis blog mengutuk Ustaz Harun Din dengan digelar sebagai ‘Ulama Kepala Lutut’. Ini amat menyedihkan gara-gara kalimat ‘Allah’, ulama telah dihina sebegitu rupa. Ringkasnya kita bertengkar dan bergaduh sesama Islam sedang pihak Kristian ke hulu ke hilir memikirkan bagaimana dakyah mereka boleh sampai kesasaran masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Di dalam kesibukan kita bercakaran sesama sendiri, mereka masuk kelorong-lorong sekitar taman-taman perumahan melihat bagaimana strategi mereka terhasil. Beberapa hari yang lalu sekumpulan beberapa orang asing yang berwajah ‘Mat Salih’ beserta beberapa orang lelaki dan perempuan tempatan (Cina dan India) dengan pakaian seperti ‘Nun’ masuk ke taman perumahan sekitar Senawang ,Seremban berjalan ke lorong-lorong yang tidak diketahui maksudnya. Namun gelagat mereka mencurigakan penduduk setempat. Apakah ini sebahagian daripada perancangan strategi mereka?

Ini lah yang menyedihkan. Kita masih lagi sibuk berdemontrasi dan berceragah namun disebaliknya pihak musuh memasang strategi tersembunyi. Di dalam situasi kemerosotan iman di kalangan masyarakat kita dengan berbagai kejadian trajis yang saban waktu terpapar di akhbar tempatan. Remaja-remaja yang telah runtuh akhlak dan moral dengan berbagai maksiat, dari tangkapan khalwat malam Tahun Baharu di hotel-hotel baget sampailah kepada amalan zikir ‘Black Metal’. Namun kita masih lagi mencari penyelesaian dengan demontrasi jalanan serta bergeseran sesama sendiri memberi hujah demi hujah membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh penganut Kristian di Malaysia.

Kita berteriak agar Islam jangan dihina dengan penggunaan kalimat 'Allah' namun amalan asas agama masih lagi tercicir di dalam masyarakat kita. Kehadiran untuk Solat Suboh di masjid dan surau masih lagi boleh dikira dengan jari. Amalan bangun untuk Solat Malam dalam masyarakat hampir-hampir hilang. Yang bangun hanya beberapa kerat sahaja untuk menadah tangan di waktu Sahur dengan diiringi tangisan memohon keampunan kepada Allah atas kelalaian umat.

Penulis tidak bermaksud menghina dan mengondem mereka-mereka yang berdemontrasi namun itulah hakikatnya apa yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita. Kelemahan kitalah yang menyebabkan musuh mengambil kesempatan atas ruang-ruang yang ada.

Bila British datang menakluki India suatu masa dulu, ribuan masjid telah di roboh dari Selatan India sehinggalah ke Utara India. Sepanjang perjalanan dari kawasan Selatan India pasti kita akan melihat dengan jelas kesan-kesan masjid yang diroboh. Menurut penduduk setempat sejumlah 2 ribu masjid telah diroboh oleh British di Selatan India, yang berbaki sekitar 2 ratus sahaja. Namun ketika itu masyarakat setempat memperkemaskan amalan masjid mereka sehingga menyebabkan ribuan kaum Hindu memeluk agama Islam. Ini terbukti apabila penulis sendiri pernah berada di sana pada tahun 1992. Ketika itu sekitar 9 buah kampong Hindu yang penduduknya telah memeluk agama Islam. Ianya satu kejutan buat pemerintah India ketika itu.

Ketika seorang Superintendent British di Delhi mengistiharkan bahawa Al-Qur’an di dalam simpanan masjdi-masjid di Delhi dibakar, Jutaan naskah Al-Qur’an yang berjaya dikumpulkan dan dibakar dikawasan awam di Delhi yang mana mendatangkan kemarahan Masyarakat Islam ketika itu. Namun tidak ada tindakan demontrasi oleh mereka di jalan-jalan. Apa yang ada, mereka memperkemaskan madrasah ‘Hafizul Quran’ seluruh India. Ketika acara pembakaran Al-Qur’an dilakukan oleh Superintendent British berkenaan, datang seorang Maulana yang telah tua beserta cucunya yang berumur sekitar 6/7 tahun mencabar Superintendent British berkenaan dengan katanya, “Tuan! Kamu boleh membakar jutaan naskah Al-Qur’an, namun tuan boleh lihat sekarang ini.” Ketika itu beliau meminta cucunya membaca beberapa lembaran Al-Qur'an melalui hafalan dan cucunya membaca dengan begitu lancar sekali sehingga memberi kesan pada mereka yang berada di situ.Lanjutnya beliau terus mencabar Superintendent British berkenaan dengan katanya, “ Tuan boleh membakar jutaan Al-Qur'an namun tuan tidak akan boleh membakar Al-Qur’an yang berada di dalam dada anak-anak kami.”

Lihat di sisi kita sekarang ini, apakah tindakkan yang kita ambil sekarang ini jalan terbaik memelihara kehurmatan kalimah ‘Allah’? adakah dengan demontrasi dan pembakaran 3 buah gereja satu jalan terbaik bagi meninggikan kalimah ‘Allah’? Namun dalam waktu yang sama kalimah ‘Allah’ itu hilang dari dada orang-orang Islam sekarang ini. Kehebatan kalimah itu pun telah lama hilang di hati kita.

Firman Allah swt, “Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman adalah mereka-mereka yang apabila disebutkan KALIMAT ALLAH gemetar hati-hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) iman mereka. Dan hanya kepada tuhan mereka, mereka bertawakal.” (Al-Anfal : 2)

Inilah sifat yang ada kepada sahabat Nabi saw ketika ayat ini diturun. Miski pun ketika itu masyarakat Arab Jahiliah mengakui Allah sebagai pencipta mereka, alam dan sebagainya. Ringkasnya mereka menggunakan kalimat ‘Allah’ ini di dalam perbualan mereka malah jika mereka bersumpah atas perkara yang berat dan hebat pasti mereka akan bersumpah dengan menggunakan kalimat ‘Allah’. Ini terbukti sebagaimana kata-kata Ubai bin Khalaf ketika bersumpah di hadapan pembesar Quraish. Semua ini tidak merubah amalan, akidah dan pegangan sahabat terhadap Islam. Malah Islam mendatangi hati-hati pemusuh Islam sehingga mereka berduyun-duyun memeluk agama Islam.

Saudara-saudaraku semua renunglah sejenak. Marilah kita kembali semula kepada amalan awal umat ini di dalam membentuk generasi Islam yang utuh. Kembali kepada amalan DAKWAH sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw dan sahabat rhum.

Wallahu’alam

*Sumber : http://hambalialorstari.blogspot.com/

Wednesday, December 23, 2009

C.U.T.I

Assalamualaikum...w.b.t,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan nikmat Iman dan Islam yg diberikan, dapat lagi ana mengharungi liku-liku hidup yang makin mecabar dan penuh dengan ranjau dari masa ke semasa ini.Syukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog yg x seberapa ini setelah berkurun lamanya menyepikan diri dari blog ini.Ramai pulok duk komplen blog x di update..:) Kadang2 bukan x de masa, tapi dek kerana malas utk jari2 ini utk menaip, tapi bila dah start menaip panjang pulok la coretannya...tapi ape2pun kena betulkan niat yg asal bila wat blog ni...selain utk berkongsi pengalaman, perlu juga dijadikan sebagai medan dakwah utk disampaikan pada org lain.Seperti Sabda Rasulullah s.a.w, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat", walaupun satu ayat,ia amat bermakna dan bermanfaat utk kita sampaikan pada org lain, firman Allah "fazakkir, wainna zikra tanfaul mu'minin" peringatan utk diri ana sendiri sebagai muqadimah.



Di kesempatan yg ada ini, ana rase masih belum terlambat utk ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua sahabat2 ana dan pengunjung blog ini, semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari yang sebelumnya dan kita semua berusaha utk memperbaiki diri kita dan berhijrah ke arah yang lebih baik sebagai hamba Allah s.w.t yang lemah lagi kerdil ini.Ana sentiasa mendoakan kalian semua.

Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan keadaan keluarga yg memahami dapat ana menghabiskan cuti2 ana dengan sebaik yg mungkin.Mungkin cuti ini, walaupun dalam masa yg singkat adalah cuti yg terbest dalam diari hidup ana, bermula dengan pentarbiahan utk diri sendiri dan adik2 melalui pengalaman2 yg begitu mencabar sebagai pejuang Allah, walaupun banyak ujian yang datang tanpa disangka2, tetapi sebenarnya itulah ujian dan tarbiah utk mematangkan diri kita agar tidak lemah dalam menghadapi ujian yg seterusnya dalam perjuangan.Takziah diucapkan bagi sahabat/sahabiah dan juga adik2 yang berhadapan dengan pengalaman2 yg cukup mencabar sepanjang sesi pentarbiahan, bersykur dan redhalah di atas ketentuannya kerana kita masih lagi menjadi hamba Allah yg terpilih utk menghadapi ujian dariNYA, ituntandanya kasih sayang sayang danperingatan dari Allah kepada hambanya yg beriman.Moga dengan setiap apa yg dilalui tidak melunturkan semangat kalian utk terus berjuang di medan dakwah ini, ingatlah sahabat2ku, kami sentiasa ada utk memberi sokongan padu, dan kita sama2 berganding bahu utk terus mengharungi liku-liku hidup ini dalam medan perjuangan kita sekarang, kerana medan kita yg sebenar lebih jauh kehadapan utk kita harungi.

Seterusnya cuti berjalan dengan, sambutan adidiladha yg amat meninggalkan kenangan manis dalam kamus hidup ana, kemeriahan dalam kesedehanaan menyambut aidiladha bersama sanak saudara betul2 diarasai, tambah2 lagi rumah ana menjadi pilihan semua sanak saudara utk "berkorban" sempena aidiladha ini.Semua saudara mara yg berkumpul mengeratkan lagi tali silaturrahim yg selama ini kadang2 tidak sempat bersua muka dek kerana kesibukan dengan urusan masing2, alhamdulillah...syukur sangat Ya Allah Engkau mengurniakan saudara mara yg satu fikrah utk sama2 berganding bahu utk mengukuhkan lagi tali persaudaraan yg sedia ada.

Begitu cepat masa yg dilalui, baru 4 harimeluangkan masa bersama-sama keluarga, ana terpaksa berpisah dengan keluarga selama 3 minggu utk meneruskan cuti yg masih ada, kerana merasakan tanggungjawab dan amanah yg diberikan itu lebih penting utk dilaksanakan bila memikirkan anak2 muda sekarang yg amat memerlukan bimbingan dari sudut agama dan sebagainya,x lupa juga tujuan utk mentarbiah diri sendiri yang masih banyak kekurangannya.Selama 3 minggu ana diamanahkan untuk menjadi fasilitator bagi program yang pesertanya terdiri dari adik2 sekolah rendah dan menengah, Kem motivasi berbentuk memperkasakan diri dari sudut solat, jati diri dan sebagainya di jerantut Pahang, tempat pedalaman yg begitu asing buat ana kerana belum pernah menjejakkan kaki ke tempat ini.Awal perjalanan ana dan 2 orang sahabat ke jerantut bermula dengan kenangan2 yg tidak akan dilupakan.Pengalaman mengejar bas, ditinggalkan bas semuanya masih lagi berlegar di fikiran, hampir terkilan di saat ditinggalkan bas tetapi ianya tidak mematahkan lagi semangat ana dan sahabat2 utk menuju ke destinasi yg sepatutnya, kami berusaha juga mencari alternatif lain walaupun tempat itu begitu asing buat kami.Perjalanan yg sepatutnya hanya mengambil masa 8-9 jam shj utk sampai ke destinasi, tetapi memakan masa hampir satu hari, perjalanan yg amat meletihkan, sampaikan duduk x diam dlm bas, takut tersesat.Makcik konduktor bas pun agaknye dah naik bosan ngn kami asyik duk tnya sampai ke tak lg.. :) ana, acu ngn ukhti nadia duk saling memandang jelah dalam bas dek kerana kebosanan dalam bas..dahlah kami bertiga je yg tinggal utk ke destinasi terakhir..huhu,ingatkan pahang dekat je, x sangka pulak jauh perjalanan kami.Start dari awal pagi hingga lah ke malam baru kami sampai ke destinasi sebenar.Tapi alhamdulillah bila sampai ke Kem tu kami dapat bertemu sahabat2 yg dirindui ude,atih,nab,ukti ct terubat segala keletihan sepanjang perjalanan, masing2 keriangan, tambah2 lagi jumpe ngn org yg paling x disangka2, Ukhti siti hawarini yang makin matured sekarang :)teringat dulu2 waktu jd anak buahnya,mmg seorang yg serius tetapi banyak ilmu di dada yg dikongsi bersama..tergelak besar dia sebab ana betul2 x cam dia..Allahurabbi..sesampainya di sana terus ke meeting utk bermulanya hari esok sbg fasilitator, x larat nak makan dah sbb terlalu penat walaupun sajian telah terhidang buat kami..

Itulah pengalaman awal masa nak sampai ke jerantut tu, 3 minggu duk kat sane, 3 program dengan penyertaan peserta yg berbeza2.macam2 pengalaman yg ana dapat.mmg cukup mecabar fizikal dan mental.Tido dalam khemah berlantaikan papan plywood dan berbumbungkan kembes, kesejukan menyelubungi diri di malam hari..mmg x tahan sejuk,duduk pulak dlm hutan, dapat pulak kenal dengan sejenis serangga yg dikenali sbg "kot kiot", entah bahasa dr mana lah tu..:) First time pengalaman masuk hutan berjalan 4 jam lebih tanpa henti, meredah sungai yang dalamnya paras pinggang dan melawan arus, teringat pulak terpaksa mengendong seorang adik peserta disebabkan saiz badannya yg terlalu kecik, perjalanan di hutan, Ya Allah..mmg amat memenatkan tapi ana seharusnya bersyukur dapat kekuatan dari adik2 peserta yg begitu bersemangat walaupun mulut diorang tak henti2 berceloteh...:) paling ingat adik Amira yg masih bersekolah rendah , berceloteh 24 jam tanpa henti dengan kawannnya...tersenyum sendirian ana bila mengenangkan budak2 ni..sempat lagi soal selidik kakak fasinye dalam perjalanan, mcm2 yg ditanya, termasuklah hal peribadi, kecik2 dah pandai ye.bila disuruh berzikir, semua ikut tapi x lame lepas tu sambung pulak citernya...:) tetapi perjalanan berjalan dalam hutan selama 4 jam berbaloi sebab akhirnya berhenti solat zohor dan rehat di air terjun ciptaan Allah yg maha hebat, terkedu dan takjub melihat kekuasaan Allah yg memukau pandangan, tambah2 lagi hasrat di hati yg dah sudah lama dipendam utk menikmati air terjun, seronok dapat makan dan bermain air bersama2 adik2 peserta.Celoteh mereka mmg x kering gusi, di samping bergurau senda,x lupa juga menyelitkan unsur2 nasihat buat adik2 buat pedoman mereka semua..perjalanan pulang diteruskan, tapi alhamdulillah sebab berjalan sekejap je keluar dari hutan tu, ade van yg datang ambik lepas tu, macam tahu2 je semua memang penat, kalau ikutkan hati jika perlu teruskan perjalanan pulang selama 4 jam jugak dalam hutan mmg x terdaya dah kudrat ana dan sahabat2 rasenya..:) tapi memang best, kenangan yg cukup indah.

Sepanjang di kem, 3 program yg dilalui.. program pertama utk budak2 di kampung tu sendiri, masing2 memang pekat2 kelantannya.Pada mulanya ana pelik jugak sbbnya duk di negeri pahang tapi seolah2 duk di negeri kelantan, last2 barulah tahu sejarahnya, memang penempatan di situ terdiri dari orang2 kelantan,Patutlah urusetianya pun cakap loghat kelantan jugok, pekat pulok tu.nasib baiklah paham loghat diorang sebb dah biasa sampaikan ana sendiri pun kadang2 terkeluar dialek kelantannya..:) Program ke2 dr adik2 yg bersekolah di kelantan dan yg ke3 dari anak2 yatim klang, Selangor.Macam2 ragam dan perangai budak2 zaman sekarang...tapi alhamdulillah masing2 ok dan kami juga boleh membiasakan diri dengan mereka walaupun ade yg degil2..siap yg suka menyakat akk2 fasi lagi, ukan senang tau nak tarik minat adik2 ni,tamabah yg suka main2 je, kena pandai2la jadi kaunselor pulok..:) Urusetia kat sana mmg sporting2, tima kasih banyak2 pada kak ema dan abg atif kerana menjemput kami menyertai program ni, ingatkan dah berumur tapi masing2 masih muda, walaupun ade jugak yg dah anak, anak2 kecil pun dibawa sekali, memang hebat...Alhamdulillah masih ade ramai lagi anak2 muda yg membantu menyalurkan tenaga diorang utk aktiviti2 amal macamni.Adik2 fasi muslimin pun ok2 belaka, diorang semua dari maktab perguruan, banyak jugakla ilmu pendidikan yang diperolehi dari bakal2 cikgu ni.

Sepanjang di sana, selain aktiviti2 lain, ade satu aktiviti yang paling menarik minat ana, iaitu aktiviti khidmat masyarakat.Kami sbg fasilitator ni hanya bertindak memantau pergerakan adik2 peserta.Adik2 peserta ni ditugaskan utk mencari ape2 kerja di kampung yg telah ditentukan, terpulanglah pada tuan rumah tu samada nak bagi ganjaran berbentuk wang atau makanan atau ape2 sahaja, aktiviti ni mmg menarik minat ana sebabnya ia boleh mengajar adik2 ni berdikari dan mencari duit hasil titik peluh diorang sendiri, kadang2 ade dikalangan kita yg berasal dari kalangan orang berada akan merasakan sudah senang sbbnya semuanya diperolehi dari ibu bapa masing2 tanpa menyedari titik peluh ibu bapa mereka mencari wang demi menyara dan memberi keselesaan pada anak2.Dengan adenya aktiviti sebegini segala perasaan malu yg ada pada diri juga harus diketepikan utk mencari pendapatan melalui kerja2 yg halal.Walaupun ade riak kepenatan di wajah adik2 ni tapi usaha mereka berbaloi dan terpancar kegembiraan di wajah mereka apabila usaha mereka membuahkan hasil dan diberi penghargaan, ana sendiri kagum melihat kesungguhan adik2 ni, di samping itu juga ana dan sahabat2 boleh bergaul mesra dengan org2 kampung di sana, banyak kisah2 menarik dari orang kampung disana, tambah2 lagi orang2 tua ni lebih dulu makan garam dari kita...orang2 kampung di sana memang ramah-ramah..:) aktiviti kami ditamatkan dengan bekerjasama masak-memasak di rumah urusetia di kampung itu juga, meriahnya macam nok wat kenduri kawin di samping berkongsi2 cerita dengan adik2 peserta sambil jalan2 di sekitar kampung tu..nok citer semua mmg banyak, mana taknya 3 minggu duk di sana, tapi moga setiap pengalaman itu dijadikan panduan utk menghadapi hari2 yang seterusnya.Selain itu juga, banyak kuliah2 ilmu yang disampaikan dari ustaz2 disana kami dapat utk dijadikan bekalan hidup, disamping mempelajari zikir2 harian dari tone dan irama yg berbeza amat menusuk di kalbu.Syukur ya Allah dapat pengalaman yg amat berharga ini..

Pejam celik, pejam celik...rasenya seperi kejap je berprogram kat sane....saat perpisahan la paling meruntun jiwa, ana tidak terkecuali darinya.Sesungguhnya kita perlu menghadapi kenyataan dan lumrah kehidupan setiap pertemuan itu pasti berakhir dengan perpisahan, terlalu banyak kenangan dan pengalaman yg dilalui, cuti ana di pahang berakhir dengan jalan2 ke bukit tinggi bersama sahabat2, walaupun perancangan utk membuat reunion batch ana tak tercapai tapi sekurang2nya jalan2 makan angin bersama sahabat2 yg masih disana tetap memberikan seribu kenangan yg bermakna dalam hidup.Sempat juga bertemu muka dengan seorang sahabat yang paling ana hormati dan kagumi ukhti Nolisa, walaupun pertemuan kita hanya pertemuan yg singkat, tapi ia amat bermakna buat diri ana, syukran ya ukhti atas segala nasihat yg diberikan.Terima kasih juga yang tak terhingga pada sahabat2 ana yg paling disayangi sepanjang berada di sana, acu,ude,atih,nab,ukhti ct dan ukti nad.Segala suka duka yg kita lalui sepanjang di Jerantut, abadikanlah ia dalam memori hidup kalian, buangkanlah segala yg keruh, dan ambikla yg jernih, yg baik itu kita jadikan tauladan & pengajaran yang kurang itu jadikan sempadan.Sedangkan lidah boleh tergigit, inikan pula lumrah dalam persahabatan pasti ada pahit manisnya.Bila mana kita menyayangi seseorang sahabat itu, kita perlu menegurnya apabila tersilap, terima kasih sahabat2ku.Segala yg baik itu datang dari Allah, dan yang kurang itu datang dari diri ana yg banyak kelemahannya..

InsyaAllah niat di hati utk sama2 berkongsi foto2 sepanjang di sana, tapi insyaAllah ana akan upload di lain masa disebabkan masalah2 yg tertentu.Cukuplah sekadar setakat ini dahulu perkongsian pengalaman sepanjang cuti ni, kalau di ikutkan semuanya nak dikongsikan dan diluahkan tapi takut tak muat pulok ruangan blog ni...:)
Terima kasih pada keluarga dan sahabat2 ana yang sentiasa memberi kekuatan dan sokongan pada diri ana yang lemah ini utk melalui hari2 yang akan mendatang yang masih penuh dengan onak dan duri...

Wallahua'lam

Thursday, October 29, 2009

SaLaM ImTiHaN..

Assalamualaikum...

Salam pembuka bicara didahulukan khasnya untuk sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini, semoga semuanya sihat di pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini, dengan nikmat Islam dan Iman yang makin bertambah insyaALLAH.

Rasenya dah lame x menulis dalam blog ni, mungkin yang terakhir untuk sepanjang musim peperiksaan ini.Catatan hari ini ditujukan khas pada sahabat-sahabat semua yang sama2 akan menempuh peperiksaan bermula 1@2 hari je lagi.Jangan tension2 ye sepanjang peperiksaan ni, senyum sokmo :) walaupun hati rasa resah dan gelisah untuk menghadapi peperiksaan final ni.

Pesanan khas ini ditujukan buat diri sendiri khasnya dan juga untuk sahabat-sahabat, paling penting Jaga hubungan dengan ALLAH taala dan juga hubungan sesama manusia,bukan hari raye je minta maaf tau :).

Di samping debaran untuk menghadapi exam ni, hati ini juga terasa amat sebak sekali mengenangkan akan berpisah dengan sahabat@kakak yang paling akrab suatu masa dahulu, tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya walaupun banyak peristiwa yang telah dilalui bersama, mungkin semuanya akan menjadi kenangan yang tersimpan kukuh dalam memori ini, x dapat digambarkan perasaan sayu dan sebak, tambah2 lagi time buat majlis utk sem akhir semalam.Hakikatnya detik-detik yang dilalui bersama-sama suatu ketika dahulu tidak dapat diputar kembali, biarlah ia menjadi rahsia antara kita.Apapun yang berlaku, kami tetap redha menerima ketentuan dariNYA, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.Terlalu lama memendam rasa, mungkin semalam sudah terungkai dengan linangan air mata yang sama sekali tidak dipinta.Asif ya ukhti...Moga ukhuwah fillah ini terus berpanjangan,walaupun hanya doa yang menjadi penghubung.Tidak lupa juga pada k.tam kesayangan yang akan praktikal pula nanti, mintak2 dapat praktikal dekat2 ngn kami ye, insyaALLAH nnt dapat jumpa balik,jgn praktikal jauh2 ye... :)

Akhir kalam,di sini ana ingin meminta maaf especially pada umi/abah tersayang, adik-beradikku,(ahlibait) along,angah,acik,alang,anjang,andak,ude,k.tam,acu,fatih,mira,
k.lisa,k.liza,k.yani,k.shahirah,k.nad,c.su, x lupe juga pada yang sentiasa mendoakan diri ana, batch adik2 dan ramai lagi(nok tulis belake panjang sgt,asif ye kalau x tersebut nama :)) serta sahabat-sahabat muslimin/muslimat yang mengenali diri ini, terlalu banyak kekhilafan pada diri ana samada secara sedar ataupun tidak, sama-sama kita mendoakan kejayaan sahabat-sahabat kita di dunia dan juga akhirat.Amin...

"SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR, MAA TAUFIQ WA NAJAH FIL IMTIHAN"

Sunday, October 25, 2009

KeTuLeNaN PeRJuaNgaN



1…Perjuangan tidak hanya berasaskan semangat malah penglibatan kita bersama PAS sebagai sebuah parti politik juga bukan kerana memenuhi tuntutan demokrasi
** Sebaliknya penglibatan [ intima' ] kita adalah berpaksi kepada Iman dan Islam .

2…Apa yang kita mahu tegakkan ialah Iman dan apa yang kita mahu daulatkan ialah Islam .

3…Inilah cita - cita murni yang sekali - kali tidak boleh kita benarkan ianya dipengaruhi oleh nafsu dan dikuasai oleh aqal yang terpisah dari wahyu . Justeru cita - cita ini terlalu suci untuk dipengaruhi selain Iman yang tidak berbelah bahagi dan Islam sebagai risalah as samawi .

4…Malang sungguh apabila perjuangan ini dicampur aduk dengan desahan nafsu yang memburu ruang untuk menyerlah populariti dan publisiti malah membina indentiti diri tanpa mempedulikan ketulenan manhaj rabbani .

5…Siang malam bergelut menghadapi ancaman . Saban waktu pula meredah rintangan . Bersama perjuangan ini dengan mengambil pelbagai risiko yang mungkin membinasakan diri , hanya semata - mata untuk menggapai cita - cita peribadi yang berpaksi kepuasan naluri .

6…Perjuangan yang disertai ini adalah untuk sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam . Laksana pengembaraan Nabi saw bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah .

7…Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah . Sengsara dan deritanya didepani dengan sabar . Perit jerih atas segalanya menjadi ibadah yang ditekuni tanpa mengalah .

8…Malang 1001 kali malang andai perjuangan ini tidak ubah seperti batu loncatan untuk memenuhi cita - cita politik . Mencari pengaruh , jawatan dan gelaran .
9…Sukar untuk kita memelihara ketulenan perjuangan yang didokong ini jika kita gagal membebaskan diri sepenuhnya dari pengaruh nafsu dan kepentingan duniawi .

10…Ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara dari anasir yang merosakkannya . Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi .

11…Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skima amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul saw. dan diperkemas kini oleh ulama' al a'milin al mujahidin yang memimpin ummah .

12…Satu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj perjuangan dan nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi .

13…Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis atau lainnya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik mahupun perjuangan mereka . Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya dengan cara dan gaya mereka berpolitik .

14…Politik Islam kaya dengan akhlak , moral dan prinsip yang tidak memungkin ianya di beli apalagi di rasuah lantaran paksinya ialah Iman dan Islam .

15…Ketulenan manhaj perjuangan jua tidaklah dinilai semata - mata dipentas politik pilihanraya tetapi juga melihat bagaimana kita membuat keputusan jamaah , bagaimana kita memimpin jamaah dan menangani ahli , bagaimana kita beraksi di medan dakwah , bagaimana kita mendepani musuh , bagaimana kita bertahaaluf dan sebagainya .

16…Pasti sahaja adab dan akhlak berjamaah seperti syura , dengar dan taat , thiqah , istiqamah , wala' , ukhuwwah , ikhlas dan lainnya mewarnai diri , sikap dan aksi kita sebagai seorang pejuang .

17…Kita adalah Sebuah Gerakan Islam . Ini satu realiti yang mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin jamaah walau dimana posisinya .

18…Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini , kita tidak boleh mencairkan nilai atau standard value bagi sebuah gerakan Islam .

19…Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak dan amanah perjuangan . Tetapi ingin di tegaskan sekali lagi , ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara .

20…Jangan kita abaikan ketulenannya semata - mata mahu melihat strategi kita berjaya dan politik kita menang .

21…Ingat ! menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah . Justeru itu awas! jangan palsukan manhaj perjuangan suci ini .Pemalsuan manhaj perjuangan adalah satu jenayah !jenayah boleh membawa padah!

*Dari sumber bernama :)

Saturday, October 17, 2009

PuiSi : AKAL WANITA



WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...

Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah Wallahua'lam..

*Dipetik dari sumber terkini :)

Sunday, October 4, 2009

Siapakah kita?? Siapa yaa? Salam Muhasabah Diri..

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Saturday, October 3, 2009

MeNSyuKuRi NiKMaT ALLAH

Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu. Sebanyak 31 kali di dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya.

(Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?)

Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus.
Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan ALLAH. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara hambanya yang tidak bersyukur, seperti dalam firmanNya:

(Sangat sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur)

Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur. Wallahua'lam

*Sumber Terkini