Tuesday, May 3, 2011

Tok Guru Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama


Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.


NONENik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

azlanMursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

osama bin laden dead protest 1Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.


*Sumber terkini

Tuesday, April 26, 2011

SIFAT-SIFAT YANG PERLU ADA PADA PIMPINAN

Bismillahirrahmanirahim.....

1. KENAL DAKWAH
-Mengetahui DAKWAHnya secara SEMPURNA, dan perlulah MENGAMBIL TAHU sungguh-sungguh perkara yang berkaitan dengan PEMIKIRAN, ARAHAN & PENTADBIRANnya.
-MENELITI KEGIATANnya, dan mengetahui segala PROGRAM dan TINDAKANNya.
-Jaminan kejayaan sebuah kepimpinan adalah bergantung kepada HUBUNGAN RAPAT dengan BARISAN PIMPINAN, bergerak BERSAMA-SAMA dengan KUMPULAN yang bergerak dan JANGAN SEKALI2 MENGASINGKAN DIRI.
-Tanggungjawabnya adalah sentiasa BERHUBUNG dengan BARISAN TENTERA dakwah, MENGETAHUI MASALAH serta PEMIKIRAN mereka.

2. KENAL DIRI
-WAJIB mengetahui tempat2 KEKUATAN & KELEMAHAN dirinya.
(i) Mengetahui KELEMAHAN dan berusaha MEMPERBAIKI & MEMPERKUATKANNYA.
(ii)Mengenali KEKUATAN dan BERUSAHA MENGGERAK & MENYUBURKANNYA.
(iii)Mengambil berat ttg mengembangkan ILMU, membaca PENDAPAT2, PEMIKIRAN2 POLITIK, KEMASYARAKATAN, EKONOMI & sebagainya.
(iv)Mengambil berat TOKOH2 PEMIMPIN ISLAM dan lainnya, di samping berusaha mengetahui CARA-CARA PIMPINAN meraka serta FAKTOR2 KEJAYAAN @ KEGAGALAN mereka.

3. MENGAMBIL BERAT TENTANG AHLI
-Cuba MENGETAHUI MASALAH ahli dengan BERSUNGGUH2 mengikut KEADAAN HIDUP dan KEDUDUKAN meraka, berSIMPATI dengan mereka, BEKERJA menyelesaikan masalah, membantu keMANTAPan ahli dan MENGUKUHKAN KEPERCAYAAN meraka kepadanya. Dengan itu, TENAGA untuk GERAK KERJA dapat diMANFAATkan sebaik mungkin.

4. TELADAN YG BAIK
-Ahli sentiasa melihat pimpinan mereka sbg CONTOH dan TELADAN utk mereka mengikuti JEJAK LANGKAHnya. Jadi, TINGKAH LAKU, KEGIATAN, SIKAP AKTIF, AKHLAQ, PERKATAAN & KERJAYANYA, semuanya itu member KESAN yang MENDALAM kepada Organisasi seluruhnya.Sesungguhnya Rasuullah S.A.W adalah menajdi teladan kepada para sahabatnya.


5. PANDANGAN YG MANTAP
-Keupayaan seorang pemimpin BERTINDAK SEGERA lagi TEPAT, serta dapat MENYELESAIKAN MASALAH dlm semua SUASANA dan KEADAAN dengan sendirinya akan mendapat PENILAIAN dan KEPERCAYAAN ahli.

Sabda Rasulullah S.A.W,

“Sesungguhnya Allah kasih kepada penglihatan yang tajam ketika berlaku kesamaran dan Allah sukakan aqal yang sempurna yang dapat menahan serangan nafsu”

6. AZAM YG KUAT
-Kekuatan KEHENDAK atau AZAM adalah menjadi salah satu rukun kePERIBADIaan pemimpin, dan dapat menyelesaikan persoalan dan perkara2 yang susah dalam menghadapi segala MEHNAH dan TRIBULASI dalam perjuangan.

7. DAYA TARIKAN SEMULAJADI
-Sifat tabi’e seseorang pemimpin utk menarik orang ramai tanpa menggunakan paksaan, yakni kePERIBADIan yang BAIK.

8. YAKIN
-BerkeYAKINan dan BERLAPANG DADA. TIDAK CEPAT PUTUS ASA kerana ia merupakan FAKTOR UTAMA KEMUSNAHAN HIDUP INDIVIDU dan MASYARAKAT. Yakin dengan janji dan pertolongan Allah S.W.T bagi orang yang menolong memperjuangkan agamaNYA.

Firman Allah S.W.T,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
(Surah Muhammad : 7)



Wallahua’lam….Untuk perkongsian dan peringatan bagi yang bergelar Da’ie dan Pemimpin. Moga ianya dapat kita manfaatkan bersama-sama. Salam Muhasabah & Mujahadah…

Sabda Rasulullah S.A.W

"Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Setiap kepala negara adalah pemimpin dan ia bertanggung jawab atas kepemimpinannya (rakyat). "

~ Diolah dari Buku Tokoh Islam yang masyhur, Fathi Yakan “Al-Mutasaqitun ala Toriqi Dakwah (GOLONGAN YG TERCICIR DARI JALAN DAKWAH)”

~ Al-Faqirah IlaLLAH ~
Musim Imtihan Niha’ie..
“DaKWaH iTu InDaH”

GOOD LUCK FOR ALL! (^_^) \/

Thursday, November 4, 2010

~JoM MuHaSaBaH DiRi ~

Assalamualaikum w.b.t, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda. Salam sejahtera kepada muslimin dan muslimat, moga kita masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam untuk melalui hari2 yang berliku. Firman ALLAh S.W.T, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNYA sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang2 beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadaNYA". Salam sayyidul ayyam pada semua pengunjung blog ini, terutamanya sahabat/sahabiah seperjuangan, moga di hari yang penuh keberkatan ini kita sama2 memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W , moga2 syafaat baginda bersama kita sehingga ke hari kiamat kelak, insyaAllah.

Sudah lama benor tidak menaip sesuatu di blog ini, terasa kerdilnya diri ini lantaran ilmu yang tidak seberapa, tetapi ianya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk terus menimba ilmu Allah yang teramat luas dan sampai bila2 pun x akan pernah cukup bg orang2 yang berilmu dan sentiasa mengamalkan ilmu yang dipelajari, insyaAllah, begitu juga MASA yang dok cukup utk update bloh ini juga sebenarnya bukanlah satu alasan untuk terus x mengingati diri sendiri dan juga orang lain. Allahurabbi... "Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat buat orang2 mukmin"

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Asr yang bermaksud "Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, pesan memesan ke arah kebenaran dan pesan memesan dalam kesabaran". Wahai diri....hamba Allah S.W.T, mari kita sama2 bermuhasabah pada saat ini, untuk hari2 sebelumnya dan hari2 seterusnya apa yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi Allah ini...Allahurabbi..

Jom Sama-Sama Muhasabah Diri....(checklist diri kita)

* Adakah kita sembahyang berjamaah setiap hari?
* Adakah kita sentiasa melakukan perkara-perkara sunat?
* Adakah kita melakukan solat Dhuha?
* Adakah kita sentiasa membaca ayat-ayat suci Al-Quran?
* Adakah kita membaca Ma'thurat setiap hari?
* Adakah kita sentiasa berselawat ke atas Rasulullah S.A.W?
* Adakah kita menjalankan dakwah untuk orang lain?
* Adakah kita melakukan Amar Ma'ruf Nahi mungkar?
* Adakah kita membaca buku-buku mengenai Islam?
* Adakah kita merasakan kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang kita ada?
* Adakah kita mengambil iktibar dan pengajaran perkara-perkara yang berlaku sepanjang hari?
* Adakah kita bergaul dengan orang yang soleh dalam usaha untuk mengingati Allah S.W.T?
* Adakah kita menitiskan air mata apabila mengingati Allah S.W.T sewaktu sunyi?
* Adakah kita bercita-cita berjihad dan mati jalan Allah?
* Adakah kita berfikir tentang maut yang akan di temui nnt?
* Adakah kita sentiasa memikirkan ttg hari akhirat? Di manakah kedudukan kita nnt ?
* Adakah kita dapat menahan marah dan sabar dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh pengharapan pada Allah?
* Adakah kita sentiasa beristighfar kepada Allah S.W.T?
* Adakah kita sentiasa melakukan amal kebaikan kerana Allah S.W.T?
* Adakah kita sentiasa memperbaiki keadaan diri kita untuk hari esok?
* Adakah kita sentiasa meminta maaf atau memaafkan orang-orang di sekeliling kita?
* Adakah kita sentiasa memohon dan mengadu kepadaNYA?

Setiap persoalan ada jawapannya dalam diri kita, x perlu menuding jari pada sesiapa, tetapi tepuk dada tnyalah iman kita?? diri kita sendiri lebih mengetahui??

Ya ALLAH ya tuhanku.....di manakah kedudukan kami pada waktu ini.....??
Kepada diri ini dan juga sahabat2ku ukhuwah fillah......mungkin apa yang tercatat di atas masih banyak lagi yang belum tersenarai, ape2pun sentiasalah kita bermuhasabah diri kita, sekiranya masih ada kekurangan pada segalanya, kita perbaikilah.... Dan sekiranya ada dikalangan kita yang telah memenuhinya maka teruskan dan pertingkatkanlah ia.... Sesungguhnya moga2 masih ada lagi waktu bagi kita untuk merubah segalanya.... Ya Allah....ampunilah dosa-dosa kami....

Thursday, September 2, 2010

"Sepinggan DOSA Berulam PAHALA"

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Ramadhan Karim kepada semua sahabat/sahabiah, muslimin & muslimat yg diredhai oleh Allah s.w.t sekalian.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat baginda.Moga kita semua masih diberi nikmat Iman dan Islam oleh Allah s.w.t dlm bulan ramadhan yg penuh dgn keberkatan dan kemuliaan ini insyaAllah.Asif jiddan, sudah sekian lama menyepi dalam dunia bloggers dek kerana kesibukan ataupun 'buat2 sibuk' :), Sahabat/sahabiah yg dirahmati Allah sekalian, sedar x sedar kita sudah pun memasuki fasa terakhir ramadhan yang masih berbaki tidak kurang dr 10 hari lagi, mungkin dalam kesibukan masing2 yang sedang bersiap sedia pulang ke kampung halaman masing2 utk menemui keluarga yang sekian lama dirindui setelah penat memerah otak di medan menuntut ilmu, peringatan utk diri ana sendiri dan juga sahabat/sahabiah sekalian agar kita tidak lupa & leka untuk terus meningkatkan amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini yang merupakan suatu 'hadiah' yg amat bernilai diberikan oleh Allah s.w.t kpd hamba2nya, di samping itu utk kita terus mencari dan memburu malam 'Lailatul Qadar', moga2 kita semua tergolong di kalangan itu, insyaAllah.

Sewaktu meng'surfing' internet, ana tertarik pada satu artikel, dan ingin ana kongsikan bersama sahabat/sahabiah memandangkan jika kita lihat realiti kita sekarang amat banyak berlakunya perkara2 seumpama ini.Moga2 artikel yg ingin ana kongsikan ini dapat sama2 kita ambil pengajaran dan tauladan kerana tidak dinafikan kita sebagai manusia yang sentiasa alpa dan sering melakukan kesilapan.Jom kita sama2 baca, hayati dan ambik iktibar disebalik artikel ini.


"Sepinggan DOSA Berulam PAHALA"

Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti.

Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul.

Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.

Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…


Assalamualaikum WBT.

Terdiam ustaz membaca email ukhti.

Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan kes yang sama.

Percaya atau tidak, kes seperti ini semakin menular di kalangan generasi ukhti, sekurang-kurangnya pada apa yang sampai ke pengetahuan ustaz. Ustaz perlukan banyak masa untuk merenung dan berfikir, di manakah silapnya.

Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun bertahajjud… tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.

Semakin ramai siswa dan siswi cuba menjustifikasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.

Ustaz tak tahu nak start dari mana. Tetapi subjek utama dalam masalah ini adalah diri ukhti sendiri. Bukan soal teman lelaki ukhti, bukan soal apa yang Allah qadha dan qadarkan ke atas ukhti, bukan bakal anak yang nanti terkesan oleh dosa yang sedang dilakukan hari ini. Semuanya adalah persoalan diri ukhti sendiri. Sama ada ukhti mahu mengubah keadaan ini atau tidak. Itu sahaja.

Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang ‘manis’ itu, maka ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca maksiat kepada satu sama lain.

Jika hubungan ini diteruskan, ukhti dan teman itu akan memikul kesannya di kemudian hari.

Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum.

Maka, di masa depan nanti, suami akan sentiasa berfikir, jika ukhti berani melawan Allah bersamanya, apa lagi yang mampu menyekat ukhti dari melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain. Ukhti juga akan berfikir, jika dia pernah berani beberapa kali membelakangkan Allah dalam perhubungan ini bersama ukhti, apa yang boleh menghalangnya dari melakukan perkara yang sama dengan perempuan lain.

Inilah yang ustaz temui di sepanjang pengalaman hidup, bertemu dengan pasangan yang pernah berdosa sebelum berumahtangga. Amat berat hukuman Allah apabila sebuah rumahtangga dibina tanpa kepercayaan di antara satu sama lain. Ia adalah hukuman dunia sebelum hukuman Akhirat.

Jika ukhti dan si dia masih bertarung dengan perasaan, maka ustaz boleh menasihati agar kalian saling berusaha untuk menjaga diri dan mempercepatkan perkahwinan. Tetapi ukhti dan si dia sudah saling bersentuhan, maka sama ada segeralah berkahwin, jika berani berdepan dengan risiko itu (mudah-mudahan terhindar dengan taubat bersama yang benar-benar tulen) atau saling berhijrahlah antum dengan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dari-Nya.

Ustaz bersimpati dengan gelora yang ukhti hadapi tetapi ustaz enggan menghulurkan simpati itu andai ia menyebabkan ukhti mendapat ketenangan kerana tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.

Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang ukhti katakan ‘baik’.

Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.

Ustaz doakan ukhti beroleh kekuatan dan petunjuk dari Allah untuk menyusun kembali kehidupan. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya.

Tiada siapa yang mampu membantu ukhti kecuali ukhti sendiri sebagai tuan empunya badan dan kehidupan.

Salam dan doa dari ustaz.

ABU SAIF


*Dipetik dari ABU SAIF @ www.saifulislam.com


Minni : Duhai sahabat/sahabiah, muslimin dan muslimat sekalian, jika kita betul2 menghayati kisah di atas, mungkin kadang2 kita x sedar apa yg kita rasakan betul dalam membuat perkara2 kebaikan sebenarnya bercampur antara yang hak dan yg batil, sepertinya perkara ini mengundang kepada "matlamat tidak menghalalkan cara". Andainya kita betul2 mengikuti panduan yang telas digariskan oleh Allah s.w.t, insyaAllah kita tidak akan terjerumus kepada perkara2 kemaksiatan.Sememangnya x dinafikan kita sebagai manusia biasa sering melakukan kesilapan yg sentiasa alpa dan sering didorong dgn hawa nafsu, tetapi haruslah kita mujahadah diri kita utk melawannya, andainya kita lemah dan cepat putus asa ia akn menguasai diri kita.Fitrah manusia sentiasa mahukan cinta, kasih sayang dan perhatian tetapi harus diingatkan agar kita x membuat perkara yg menyalahi syariat Allah s.w.t, insafilah diri kita...tiada cinta yang hakiki dan abadi melainkan cinta pd Allah s.w.t, nescaya kamu tidak akn menyesalinya, InsyaAllah (peringatan utk diriku lebih2 lagi yang lemah lg kerdil, alFaqirah ilallah).Sama2lah kita saling memperingati antr satu sama lain.Salam mencari "Lailatul Qadar".


" Hati itu kadangkala perlu jua diketuk ia dgn ujian, agar ia terdidik utk tidak sentiasa selesa pada "kesukaan" tp juga selesa dgn "kesakitan" Jadi senyumlah wahai saudara2ku, walau suka walau duka krn yg suka itu anugerah dan yg duka itu tarbiyyah dr ILAHI buat hambanya yg dikasihi "






Wednesday, June 30, 2010

Jika Semuanya Milik Allah.. Apakah Sebenarnya Yang Aku Ada?


Assalamualaikum w.b.t, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda, salam sejahtera juga kepada sahabat sahabiah dan juga muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, moga semakin hari makin bertambah keimanan kita kepada Allah s.w.t dan kita sentiasa mencari keredhaan dariNYA.Sudah agak lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu utk perkongsian diri sendiri dan juga sahabat2 di blog ini, lantaran masa yg x mengizinkan dan ilmu yang tidak seberapa.Sepanjang tempoh menyepikan diri dalam dunia bloggers...begitu banyak peristiwa suka dan duka yang terpaksa ditempuhi, itulah asam garam kehidupan, pengalaman byk mengajar kita erti kehidupan, mematangkan kita dan banyak memberi ibrah yg berguna pada diri yang serba dhaif ini, semakin hari semakin banyak kekurangan dan kelemahan diri sendiri, dan itulah yang membezakan kita sebagai org yang berilmu, yang mana semakin kita mencari dan mencari semakin kita rasa diri kita jahil dan banyak kekurangannya, bukannya kita merasa cukup dan berbangga dengan sedikit ape yg kita ada...nauzubillahiminzalik, tetapi jangan pula dengan ilmu yang sedikit itu kita malu untuk menyampaikan kpd org lain, Sabda Rasulullah s.a.w,
"Sampaikanlah daripada ku walau satu ayat", andai kudrat kita sahaja tidak mencukupi melainkan pertolongan dari yang Maha kuasa, Allah..tuhan sekalian alam, moga2 ape yang kita sampaikan itu walaupun sedikit tetapi bermanfaat buat kita dan org lain, insyaAllah. Benarlah Firman Allah taala dalam surah Muhammad ayat 7, "Wahai orang-orang yang beriman, tolonglah agama Allah nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Harap2 belum terlambat juga kita meningkatkan amal ibadat kita di bulan Rejab yg mulia ini, hari ini sudah memasuki 18 Rejab 1431 Hijrah. Mari kita sama2 baca, renungi, fahami dan amalkan untuk bekalan kita di dunia dan akhirat kelak, insyaAllah. Alkisahnya….


Jika Semuanya Milik Allah.. Apakah Sebenarnya Yang Aku Ada ?


Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

------------------

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh RasuluLlah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

-----------------------------------------------------------------

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustaz... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menengadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan ?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

-----------------------------------------

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya?


Sumber terkini : http://u-jam.blogspot.com/


Minni : Sahabat2...bersyukurlah dgn apa yg kita ade, bersyukurlah dgn nikmat yg Allah berikan pada kita. Kadang2 kita mahukan lebih dr apa yg kita ade sedangkan kita tdk menyedari kekurangan yg ade pd org lain.Ape ertinya kelebihan yg kita ade tapi kita tdk memanfaatkan kpd org lain yg memerlukan.Sama2lah kita muhasabah diri, jgn anggap ape yg kita ade sekarang semuanya milik kita, sedangkan kita tdk mengetahui DIA yg lebih berkuasa atas segala2nya, semuanya yg kita ade di saat ini hanyalah pinjaman dariNYA, bila2 masa shj akan ditarik balik...



..:: Info tambahan sempena kedatangan bulan REJAB :


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.




Tuesday, May 25, 2010

MAD'U CARI DA'IE ATAU SEBALIKNYA

Salam mujahadah, perkongsian bersama utk para sahabat2 seperjuangan, mai pakat2 baca deh :)


Saya terpanggil untuk mencoret sesuatu yang saya rasa ada rasionalnya jika dikongsikan dengan sahabat bagi sama-sama kita lihat konteks situasi sekarang ini.

Setelah secara zahirnya kita ditiupkan roh oleh Allah utk hidup dimuka bumi ini. Kita sebagai manusia mempunyai suatu sifat yang kuat dalam diri kita iaitu sifat ingin tahu. Sifat ingin tahu inilah juga boleh dikatakan sebagai ilmu pengetahuan. Pada umur awalnya kita disuap dengan pelbagai ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan juga suapan dari masyarakat disekeliling kita.Sebabnya, banyak sekali sisi-sisi kehidupan yang menjadi pertanyaan dalam diri kita.

Namun disini bukanlah ingin membicarakan mengenai ilmu, tetapi apa yang saya ingin ketengahkan ialah konteks isu semasa yang saya perhatikan dari kaca mata sendiri. Untuk lebih jelas, saya sebenarnya ingin membicarakan mengenai suatu situasi dimana guru ( duat ) mencari pelajar ( mad'u ) atau sepatutnya pelajar ( mad'u ) mencari guru ( duat ). Guru ( Duat ) Mencari Pelajar ( Mad'u ) Dalam konteks yang bagaimana duat perlu mencari mad'u nya?

Persoalan ini ingin saya lontarkan kepada kepemimpinan masyarakat mahupun masyarakat yang saya kategorikan sebagai faham. Bagi saya sebagai masyarakat yang sedar, faham dan mempunyai ilmu atau juga seorang da'ie, mereka perlu sedar bahawa dibahu mereka sebenarnya tertanggung satu beban. beban yang diamanahkan dan diberi kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan tugas untuk menyeru manusia kepada Allah (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa.

Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam. Menyeru manusia kepada Allah adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Menyeru manusia kepada Allah menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“Jika Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideology, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.

Menyeru manusia kepada Allah adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan).

Melalui pemerhatian saya terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman di jiwa, adalah kerana tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan masyarakat berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam; secara mereka sedari ataupun tidak.

Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang soleh.

Mungkin apa yang saya perkatakan diatas merupakan suatu konteks yang besar iaitu masyarakat, baik, kita perkecilkan kepada suasana kampus. Sebagai da'ie, perkara yang sama juga kita perlu lakukan bagi menarik lebih ramai mad'u untuk diberi kefahaman. Saya bercakap berdasarkan pemerhatian bahawa perlu ada tindakan dari dai'e tuk mencari mad'u kerana kebanyakkan mad'u yang baru ini sebenarnya sedang mencari identiti mereka yang sebenar.

Masa yang paling ideal untuk para da'ie bertindak ialah ketika semester pertama lagi. Ini merupakan masa yang paling sesuai bagi memandu mad'u yang baru memahami perjuangan seorang mahasiswa dikampus, bukan hanya sebagai pelajar, menduduki peperiksaan atau ujian, akan tetapi juga sebagai mahasiswa yang bersama dalam perjuangan Islam.

Pelajar ( Mad'u ) Mencari Guru ( Da'ie ). Namun begitu, mad'u sebenarnya tidak terlepas begitu sahaja. Sebelum itu, setuju atau tidak jika sayaa katakan bahawa da'ie juga mad'u dan mad'u juga da'ie? Saya katakan demikian berdasarkan hadis dari nabi dimana : "Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Maknanya disini, mad'u yang menerima suatu ilmu agama juga perlu menyampaikan apa yang dia pelajari. Maka disini mad'u tadi juga orang yang menyeru ataupun da'ie. Jadi setelah apa yang si mad'u itu peroleh, seharusnya dia perlu mencari kebenarannya. Melalui siapa? Tentulah melalui seoarang da'ie. Mad'u yang cintakan ilmu dan faham apa yang disampaikan dai'e ditambah pula dengan rahmat Allah, insyaAllah akan terus mencari, memperbaiki dan mengubah hidupnya supaya diredhai Allah.

Kesimpulan Jadi disini jelas bahawa kedua-dua situasi ini perlu ada dalam suasana atau waqi' sebagai seorang dai'e mahupun mad'u, mad'u perlu mencari seorang dai'e dan dai'e juga perlu mencari mad'u. Ini kerana, kedua-duanya saling memerlukan bagi menghasilkan sebuah masyarakat yang faham, beramal dan berjuang untuk Islam keseluruhannya. Wallahu a'lam.

* Sumber terkini dari Ppt Smaasza.

p/s : Hakikat yg sebenarnya kedua2nya saling memerlukan, right??...Syukur Alhamdulillah berada dlm kos dakwah, confuse gak dr IT blh lompat ke Dakwah.Setiap sesuatu ade hikmahnya, InsyaAllah!


"Dakwah itu INDAH"

Wednesday, May 12, 2010

~DiTuJuKan KhaS Buat SaHaBaT-SaHaBat SePeRJuanGaNKu~

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kau tetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu


*Untuk sahabat/sahabiah seperjuanganku...

Assalamualaikum w.b.t, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, salam perjuangan buat sahabat/sahabiah serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.Moga Allah masih lagi memberi kita nikmat Iman dan Islam untuk mengiringi kehidupan kita sehari-hari, insyaAllah.Sudah lama x mencoretkan sesuatu di blog ini,agaknya sudah bersawang rasenya, walaupun hari menjenguk ke blog tapi entah kenapa begitu berat utk mencoretkan sesuatu walaupun perasaan membuak2 untuk berkongsi ilmu dan inzar utk diri sendiri lebih2 lagi dan utk sahabat2 dan pembaca sekalian.Sayu hati bila melawat satu persatu blog sahabat2 seperjuangan, kebanyakan berkisar ttg perpisahan, setiap peristiwa dan aktiviti yg berlaku bersama sahabat-sahabat satu persatu mula menjengah ke memori kepala, teringat kembali saat perpisahan bersama batch seperjuangan ana, kini batch adik2 pula, begitulah lumrah kehidupan manusia...setiap pertemuan pasti ade perpisahan.naam?? So kena kuat ye! :)

Sahabatku...Usah ditangisi perpisahan yang berlaku, sememangnya itu lumrah kehidupan, perjuangan tetap perlu diteruskan biar dimana pun kita, walau kemana pun kita, mungkin tempat dan haluan kita berbeza, tapi ingat!!....perjuangan kita sama untuk menuju kepada matlamat yang satu (Allah s.w.t) bertunjangkan roh aqidah islamiah, sememangnya ia amat pahit utk melaluinya ttp kepahitan itu akan berlalu dan akan disusuli dengan kemanisan insyaAllah, kuatkan semangat dirimu untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang, ketahuilah sahabat2 ku, di luar sana makin kuat dugaan dan ujian yang terpaksa ditempuhi, itu medan kita yang sebenar, disitu byk mengajar kita erti kehidupan dan sebagainya...kadang2 mungkin kita merasakan kuat kerana adanya teman seperjuangan disisi kita, tapi sampai bila ianya akan kekal, seandainya dia tiada usah kau merasa lemah, seharusnya engkau kena kuat, kerana masih ade yang sentiasa menemanimu dalam setiap detik nafasmu yakni Allah s.w.t.

Sahabatku...ingatlah, masih akan tetap utuh ikatan ukhuwah islamiah fillah yg dibina sepanjang kta berada di medan perjuangan ini, walaupun tiada di depan mata akan sentiasa diingati dalam setiap doa sahabat-sahabat, Sahabat...usah kau merasakan kehilangan tongkat tempat engkau bergantung, kerana masih ade yang lebih kuat untuk menongkat dirimu sepanjang perjalanan hidupmu, Sahabat..mungkin mulut senang utk bebicara dan meluahkan kate2, hakikatnya itulah yang sebenarnya yang perlu kta tempuhi, walaupun ia terlalu menguji iman kita. Ingatlah wahai sahabatku...pergantungan kita dengan Allah s.w.t adalah yang paling utama, sejauhmana keimanan kita padaNYA. Bilamana kita jauh dariNYA, makin jauhlah DIA dengan kita.

Sahabatku...Perjuangan kita ini bukan berlandaskan pada semangat yang tinggi dan kata2 semata-mata tetapi bagaimana kita melaksanakan dan mengamalkan segala ilmu yang kita perolehi dalam perjuangan ini.Mungkin sejak akhir-akhir ini macam2 perasaan yang kita rasakan, kadang2 tidak dapat diluahkan melalui kata-kata, tapi ingatlah sahabat-sahabat mengadulah padaNYA kerana DIAlah sebaik2 tempat pengaduan, sebaik2 tempat utk kita meminta pertolongan dan sebaik2 tempat utk semua masalah yang kita hadapi.Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah itu pegangan hidup kita.

Sahabatku... janganlah dipinta utk Allah menghilangkan segala bebanan dan masalah yang kita hadapi, tetapi mintalah utk Allah memberi kita kekuatan utk menghadapi semua itu.Sesungguhnya dalam perjuangan tiada kesenangan dunia yang akn kita perolehi, melainkan nikmat kesenangan yang kekal abadi yang telah Allah janjikan buat hamba2nya di akhirat kelak, insyaAllah.

Salam Ukhuwah dan salam perjuangan buat sahabat2ku yang baru melangkah kaki keluar dari bumi tarbiah kita.Ingatlah.... "Setiap Detik yang kita lalui adalah Tarbiah".Mohon doa utk sahabat2 yang masih tinggal untuk terus istiqamah, insyaAllah.


"Saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dlm perjuangan, & saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"

- Syed Qutb -