Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan dirinya telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jamaah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat dengan label professor, doktor dan sebagainya. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jamaah yang terkenal.
Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan–kehebatan. Penyakit ini biasa menyerang para aktivis yang terlibat dalam dakwah secara terbuka, seperti memberi ceramah atau menjadi tempat rujukan masyarakat dalam beberapa perkara. Tanda awal kepada penyakit ini ialah apabila seorang aktivis itu merasa manis dengan kejayaannya dalam menyampaikan ceramah-ceramah di khalayak ramai. Kemudian dia suka bertanya-tanya pendapat beberapa orang temannya yang mendengar ceramahnya tadi berkenaan ceramah yang telah disampaikannya.
Selangkah selepas itu dia merasa kurang bermanfaat atau merugikan masanya jika dia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada khalayak yang kecil bilangannya. Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jamaah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima' atau menyertai jamaah Islam. Lantas ia meninggalkan jamaah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama'ie.
Masalah Disiplin Para Aktivis
Di antara perkara yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis terhadap keputusan jamaaah. Ini berlaku apabila seseorang aktivis itu melakukan tindakan-tindakan yang menyanggahi peraturan-peraturan jamaah, Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu adalah pendirian jamaah. Sedangkan ia berbuat demikian tanpa kebenaran daripada pimpinan jamaah. Dalam hal ini ia bertindak seolah-olah sebagai wakil jamaah kepada masyarakat umum. Sedangkan apa yang dikatakan mungkin bercanggah atau tidak selaras dengan pendirian tanzim yang sebenar.
Masalah Kutlah/ Kelompok Yang Membawa Fitnah Dalam Tanzim
Untuk mencapai kesepakatan atau kebersamaan dalam semua hal adalah satu perkara yang rumit dalam harakah Islamiyyah. Para aktivis hendaklah ditarbiyyah hingga dapat menghayati adab-adab musyawarah dan adab-adab khilaf (berbeza pendapat) dalam sesuatu perkara. Namun demikian, masalah kutlah tetap wujud dan berlaku dalam jamaah Islam.
Masalah yang paling berat berkaitan dengan perbezaan pendapat adalah apabila beberapa aktivis yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan jamaah mula mendapatkan pengaruh daripada aktivis-aktivis lain. Bermula daripada itu, mereka mula mewujudkan kelompok atau kutlah yang sentiasa mendesak tanzim untuk menerima pendapat mereka. Tindakan mereka itu akhirnya menjadi fitnah dalam jamaah Islam.
Selalunya jika pendapat-pendapat mereka tidak juga diterima oleh jamaah, mereka memutuskan untuk meninggalkan jamaah dengan membawa bersama mereka ahli-ahli lain. Kemudian mulalah mereka menyerang jamaah yang asal dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang keji lagi dusta. Saidina Umar Al Khattab R.A pernah berkata, "Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan)".
Manakala Imam Fudhail berkata, "Sesungguhnya di antara tanda-tanda munafik ialah, sukakan pujian terhadap perkara yang tidak dimiliki, bencikan celaan terhadap keburukan diri dan marahkan mereka yang menunjukkan kelemahan dirinya".
"Sesungguhnya, antara tanda-tanda munafik ialah, dia merasa gembira apabila mendengar keburukan salah seorang sahabatnya".
Sebenarnya bukanlah satu keaiban/ kehinaan jikalau para aktivis tersalah atau tersilap jalan kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan, dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat serta kembali kepada kebenaran. Tetapi yang menjadi satu kesilapan dan dosa besar adalah sifat takabbur (sombong) serta berterusan melakukan kesalahan.
Bertaubatlah kepada Allah, kembalilah kepada kebenaran dan jamaah sebelum diri diperdaya oleh fitnah istidraj disebabkan oleh dosa yang dilakukan yang kemudian Allah menambahkan lagi nikmatnya sehingga melupakan mereka daripada istighfar (taubat).
*Ditulis oleh Akademi Tarbiyah DPPM
http://www.tarbawi.my/index.php/inspirasi/minda-pejuang/147-penyakit-di-kalangan-aktivis-gerakan-islam
~DaKWaH & TaRBiaH~
MutiaRa Al-Quran.... "BeRaNGKaTLaH KaMu BaiK DgN RaSa RiNGaN MaHuPuN BeRaT & BeRJiHaDLaH D JaLaN ALLAH DgN HaRTa & JiWaMu. Yg DeMiKiaN LeBiH BaiK BaGiMu SeKiRaNYa KaMu MeNGeTaHui" ~SuRaH At-TauBaH:41~
Thursday, January 26, 2012
Friday, January 6, 2012
~Mendaulatkan Syariat Allah Amanah Paling Besar~
HULU TERENGGANU - Amanah yang paling besar adalah menunaikan perintah Allah SWT dengan mendaulatkan Syariat-Nya sebagaimana yang pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III)
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata perintah tersebut pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) melalui undang-undang “Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk”.
Menurutnya, undang-undang tersebut -undang Tubuh Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911, menyambung apa yang tercatit di ‘Batu Bersurat’ yang bertarikh tahun 700 Hijrah dan bersamaan 1100 masihi yang dijumpai di Kuala Berang.
“Kita (PAS) sedang menyambut 100 tahun “Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk” yang bermaksud ketekunan dan ketelitian Raja-raja bagi mengadilkan perangai dan akhlak.
“Adalah Undang-undang Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911.
“Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk dan Batu Bersurat adalah menunaikan amanah dan yang terbesar dalam menunaikan amanah itu ialah menunaikan perintah Allah Ta’ala. Bagi mendirikan kerajaan yang mendaulatkan Syariat Allah SWT, yang ditunaikan oleh Nabi-nabi dan Rasul,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.
Antara pimpinan lain yang berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Menurutnya, kedatangan Islam ke alam Melayu pula bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah atau Islam baka dan keturunan.
Namun, katanya kedatangan Islam ke alam Melayu ini adalah Islam orang, negara dan kerajaan sekaligus.
“Ini (Islam) bukan main-main. Para pendakwah Islam yang datang ke alam Melayu bukan Islam sekadar mengucap dua kalimah syahadah, bukan Islam yang didaftarkan di Pejabat Agama, bukan sekadar Islam baka dan keturunan. Islam yang dibawa ke alam Melayu adalah Islam orang, Islam negara dan kerajaan.
“Maka, hukum Islam diamalkan. Di atas ‘Batu Bersurat’ dicatit undang-undang jenayah, undang-undang hudud, undang-undang muamalat yang disebut dalam al-Quran dan Hadis SAW. Diamalkan di Melaka dan di negeri-negeri Islam di alam Melayu ini,” jelasnya dihadapan hampir 10,000 hadirin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa ‘hilangnya’ amanah tersebut setelah didatangan penjajah menakluk negeri-negeri orang Islam.
Waktu itu, katanya penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam sendiri di seluruh dunia.
“Hilangnya semua amanah (syariat Islam) ini apabila datangnya penjajah. Penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam di seluruh dunia.
“Mereka (penjajah) lagakan orang Islam dan pecahkan orang Islam. Pecahkan bangsa-bangsa orang Islam dan mereka (penjajah) berjaya menakluk dan menjajah negara orang Islam. Sejak itulah Islam tidak berdaulat dan berkuasa lagi,” ujarnya.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan perkara tersebut melalui ayat-ayat Allah yang diterangkan dalam Surah an-Nisa’ yang membawa maksud penegasan dari Allah SWT.
*Sumber : http://www.buletinonline.net/
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata perintah tersebut pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) melalui undang-undang “Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk”.
Menurutnya, undang-undang tersebut -undang Tubuh Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911, menyambung apa yang tercatit di ‘Batu Bersurat’ yang bertarikh tahun 700 Hijrah dan bersamaan 1100 masihi yang dijumpai di Kuala Berang.
“Kita (PAS) sedang menyambut 100 tahun “Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk” yang bermaksud ketekunan dan ketelitian Raja-raja bagi mengadilkan perangai dan akhlak.
“Adalah Undang-undang Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911.
“Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk dan Batu Bersurat adalah menunaikan amanah dan yang terbesar dalam menunaikan amanah itu ialah menunaikan perintah Allah Ta’ala. Bagi mendirikan kerajaan yang mendaulatkan Syariat Allah SWT, yang ditunaikan oleh Nabi-nabi dan Rasul,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.
Antara pimpinan lain yang berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Menurutnya, kedatangan Islam ke alam Melayu pula bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah atau Islam baka dan keturunan.
Namun, katanya kedatangan Islam ke alam Melayu ini adalah Islam orang, negara dan kerajaan sekaligus.
“Ini (Islam) bukan main-main. Para pendakwah Islam yang datang ke alam Melayu bukan Islam sekadar mengucap dua kalimah syahadah, bukan Islam yang didaftarkan di Pejabat Agama, bukan sekadar Islam baka dan keturunan. Islam yang dibawa ke alam Melayu adalah Islam orang, Islam negara dan kerajaan.
“Maka, hukum Islam diamalkan. Di atas ‘Batu Bersurat’ dicatit undang-undang jenayah, undang-undang hudud, undang-undang muamalat yang disebut dalam al-Quran dan Hadis SAW. Diamalkan di Melaka dan di negeri-negeri Islam di alam Melayu ini,” jelasnya dihadapan hampir 10,000 hadirin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa ‘hilangnya’ amanah tersebut setelah didatangan penjajah menakluk negeri-negeri orang Islam.
Waktu itu, katanya penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam sendiri di seluruh dunia.
“Hilangnya semua amanah (syariat Islam) ini apabila datangnya penjajah. Penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam di seluruh dunia.
“Mereka (penjajah) lagakan orang Islam dan pecahkan orang Islam. Pecahkan bangsa-bangsa orang Islam dan mereka (penjajah) berjaya menakluk dan menjajah negara orang Islam. Sejak itulah Islam tidak berdaulat dan berkuasa lagi,” ujarnya.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan perkara tersebut melalui ayat-ayat Allah yang diterangkan dalam Surah an-Nisa’ yang membawa maksud penegasan dari Allah SWT.
*Sumber : http://www.buletinonline.net/
Monday, August 8, 2011
~ AMANAH dari Yang Esa~
BUAT SEMUA SAHABAT SEPERJUANGANKU
Dengan BismilLah ku bermula.
Bingkisan hati buatmu teman Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan.
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia.
Dirahmati dan diredhai.
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah Hati kami dalam mencintai.
Oh Tuhan satukanlah Hati kami dalam mencintai.
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami Dari rakus mengejar duniawi.
Hidup mati biarlah untuk-Mu.
Harap dunia hanya di tangan.Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah.
Bersama kita hidup untuk-NyaKita dicipta di dunia fana.
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..Kita laksana bersama.Amanah dari-Nya demi.Memburu cinta dan harapan”
“Oh Tuhan..Kita laksana bersama.Amanah dari-Nya demi.Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama.
Dari segala kepentingan dunia.
Bergandingan kita untuk Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati.Memohon kasih-Mu oh Tuhan.
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati.Memohon kasih-Mu oh Tuhan.
Dalam mengharap redhaDari-Mu..”
“Hanya di dunia Kita harapkan, kita dambakan.
Selamat sejahtera, bahagia..”
p/s : Khas utk semua shbt.sahabiah seperjuanganku, Syukran my ukhti mukarramah iman =)
"Salam Ramadhan Karim...Allahuakram, Mg Ramadhan kali ini lbh baik dr sebelumnya.. (^_^)"
Tuesday, July 12, 2011
~ RuGi x BaCa... =) ~
"Semua peserta di minta keluar barisan dan berada di dalam bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu.. gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...
... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua" ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.
ok bersedia?
BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..
Prittttt!!! wisel dibunyikan...
maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...
Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...
keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...
Baik... semua dapat gula-gula?
Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..
Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator
Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?
Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...
OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?
errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah
Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara ketua fasilitator sedikit meninggi..
peserta semua diam sambil menundukkan kepala..
nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??
semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk
ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??
10 sen..
baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?
Lebih..
dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??
peserta semua terdiam...
inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??
para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...
kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum... suara fasilitator agak meninggi..
peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...
tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..
air mata semakin deras mengalir di pipi..
ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..
Nih tengok... baca! apa yang tertulis..?? ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"
Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...
ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing...
dah.. jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing
ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"
maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...
"Ok dah suap?"
"Dah..." jawab peserta kegirangan
Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?
er.. dah ustaz suruh?
aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?
hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..
"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."
dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan "jazakallah"
maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...
dah peluk...? soal ketua fasilitator
dah. jawab peserta dengan ringkas.
aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator
alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..
"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."
"err... para peserta masih berdiri"
"tak pe lah..
lah... ana kata duduk.. duduk la.."
"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."
"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."
3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...
"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator
"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"
"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"
"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."
"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."
"alamak.. kena lagi..." para peserta mengeluh kerana salah memilih...
ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..
-Tamat-
p/s Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk pelajar sekolah seperti berikut.
Kotak: Harapan Pelajar
Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran
sekiranya ada sahabat-sahabat dsantai nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat dsantai... gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu ana cuba bantu, InsyAllah..
Perhatian:
1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas, tersepit
Selamat Mencuba!
*Perkongsian menarik dari blog : http://dsantai.blogspot.com/
Sunday, July 3, 2011
¬ PeLuDaH WaRNa - A.SAMAD SAID ¬
A. SAMAD SAID
01. 07. 2011
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
sources: http://bm.bersih.org
Sunday, June 26, 2011
~USTAZAH PILIHAN : Antara Realiti dan Fantasi~
Rakyat Malaysia hari ini semakin dihidangkan dengan pelbagai program realiti TV yang boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Satu persatu program realiti TV diperkenalkan oleh stesen-stesen TV sama ada stesen TV percuma mahu pun stesen TV berbayar. Daripada program berbentuk hiburan seperti Akademia Fantasia dan Mentor hingga kepada program berbentuk ilmiah seperti Akademi Al-Quran dan Imam Muda.
Terbaru, satu lagi program realiti TV diperkenalkan oleh Astro Oasis yang berjudul Ustazah Pilihan yang akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat. Menerusi Ustazah Pilihan, 10 peserta yang terpilih akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi meneruskan pembelajaran amali dan praktikal yang diperlukan sepanjang lapan minggu di akademi, yang bertujuan memantapkan pengetahuan dari aspek keagamaan, hal ehwal teknologi, kewangan, kemasyarakatan serta kekeluargaan. Mereka akan diberikan tugasan tertentu sepanjang minggu berlandaskan format kitaran kehidupan yang membabitkan isu semasa berkaitan wanita manakala pendekatan yang digunakan pula harus relevan dengan realiti wanita zaman kini, malah markah diberikan bersandarkan kedua-dua kerja iaitu hasil kerja kumpulan serta kesungguhan individu itu sendiri.
Hari ini, rancangan-rancangan televisyen yang berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan makin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia khususnya umat Islam. Bukan sahaja industri lakonan yang semakin rancak dengan penghasilan filem dan drama berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan bahkan personaliti-personaliti seni turut sama mula kembali ke jalan fitrah. Kita lihat bagaimana satu anjakan paradigma berlaku dalam hidup beberapa personaliti TV seperti Malek Nor, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Irma Hasmie dan Catriona Ross. Malah antara yang paling mengejutkan ialah dengan kehadiran kumpulan Al-Mawleed yang terdiri daripada bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo yang kini beralih ke lagu-lagu berbentuk kerohanian.
Penghijrahan personaliti-personaliti terkenal tanah air diterima baik oleh masyarakat. Kita sememangnya mengharapkan nilai-nilai Islam diterapkan dalam segala aspek kehidupan termasuk dalam aspek hiburan seperti ini. Tambahan pula, realiti hari ini memperlihatkan bagaimana industri hiburan menjadi pengaruh besar kepada pemikiran dan perilaku kebanyakan masyarakat lebih-lebih lagi anak muda. Perkembangan ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam lain untuk mencontohi nilai-nilai Islam yang ditunjukkan.
Lantas, apabila pertama kali mendengar hebahan Ustazah Pilihan, rasa begitu teruja untuk menonton rancangan tersebut. Title “Ustazah Pilihan” pasti menjanjikan ikon wanita muslim yang memiliki ciri-ciri pilihan seperti berilmu, berakhlak tinggi, bijak, petah berbicara dan ciri-ciri tambahan lain yang bakal melayakkan seseorang itu menjadi “Ustazah Pilihan”. Sudah terbayang di fikiran bagaimana ramainya nanti muslimah di luar sana yang akan menjadi penonton dan peminat setia rancangan Ustazah Pilihan. Pasti akan ramai juga jejaka-jejaka di luar sana turut teruja dan setia menonton wanita-wanita muslim peserta Ustazah Pilihan. Jika rancangan Imam Muda mendapat sambutan hangat daripada masyarakat muslim khususnya anak muda, saya yakin dan percaya rancangan Ustazah Pilihan akan mendapat sambutan yang jauh lebih hangat.
Pendekatan dakwah dengan memperkenalkan program Ustazah Pilihan merupakan satu alternatif yang pada awalnya dilihat mampu memberi manfaat kepada penontonnya. Pasti akan ada penonton-penonton wanita yang mula menjadikan peserta-peserta Ustazah Pilihan sebagai idola mereka, mencontohi peribadi mereka dan mula memasang angan-angan mahu menjadi seperti mereka! Tidak kurang pula penonton-penonton dari kaum Adam, pasti akan ada yang bercita-cita mahukan pasangan hidup yang mempunyai ciri-ciri seperti peserta-peserta Ustazah Pilihan yang mana antara kelayakan mereka menjadi peserta ialah berkebolehan dalam komunikasi, berilmu, berpegang kukuh kepada agama, berdaya fikir tinggi serta matang.
Jika diberi pilihan sama ada untuk membiarkan masyarakat khususnya anak-anak muda menonton rancangan Akademi Fantasia atau Ustazah Pilihan, sudah tentu kami memilih Ustazah Pilihan!
Namun begitu, jika dilihat dari satu sudut pandang yang lain, kami cukup bimbang sekiranya perlaksanaan program Ustazah Pilihan nanti tidak selari dengan syariat yang Islam tetapkan. Teori selalunya lebih mudah berbanding praktikal. Walaupun pihak penganjur mengatakan bahawa program ini akan berpaksikan hukum syarak namun sejauh mana hal ini terjamin sepanjang perlaksanaan nanti yang pastinya setiap perkara akan datang bersama ujian dan cabaran.
Kami mula mempersoalkan bagaimana agaknya penampilan peserta-peserta Ustazah Pilihan nanti. Kalau peserta Imam Muda tampil dengan imej segak dan menarik, apatah lagi kaum Hawa. Adakah wanita-wanita yang bakal menghiasi pentas Ustazah Pilihan akan berpakaian menarik walaupun menutup aurat? Yakinkah kita tidak akan terjadinya tabarruj iaitu berhias untuk memperlihatkan perhiasan badannya (mekap/gaya tudung)? Tidakkah program seperti ini secara tidak langsung akan mempertontonkan personaliti wanita? Di mana pula perasaan malu seorang wanita apabila dipertontonkan di khalayak ramai untuk dinilai, disebut-sebut kelebihannya malah dipertandingkan peribadinya sedangkan istimewanya seorang wanita itu pada sifat malunya.
Adapun bila menyebut soal kecantikan, pasti akan ada penonton rancangan Ustazah Pilihan yang memandang kepada kecantikan peserta lebih-lebih lagi penonton lelaki. Terjaminkah peserta-peserta Ustazah Pilihan tidak akan dipandang dan memandang? Sudah tentu tidak. Dan yang paling menjadi kebimbangan ialah apabila memikirkan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim). Tidak akan tergugatkah iman kaum Adam walaupun sedikit apabila memandang peserta-peserta Ustazah Pilihan yang berkemungkinan menjadi idaman penonton-penonton lelaki kelak? Layakkah wanita-wanita yang menjadi tontonan lelaki, yang namanya sering meniti di bibir lelaki malah yang mungkin menjadi khayalan lelaki diangkat menjadi “Ustazah Pilihan”?? Sedangkan kita tahu wanita yang baik tidak dipandang dan tidak memandang.
“Ustazah Pilihan” yang sebenar menurut pandangan kami bukanlah wanita yang hanya memiliki ilmu yang tinggi dan bakat yang luar biasa tetapi adalah wanita yang teguh aqidahnya, istiqamah ibadahnya dan mulia akhlaknya. Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad).
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad).
Kami suka untuk mengambil pendekatan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Kami melihat lebih banyak mudarat (keburukan) daripada maslahat (kebaikan) yang mungkin timbul daripada program Ustazah Pilihan. Banyak lagi pendekatan dakwah yang kita boleh ambil selain daripada mempertontonkan wanita kepada umum. Jika pihak penganjur masih berhajat mahu membentuk ikon pendakwah wanita melalui landasan akademik seperti ini, kami mencadangkan agar ia dijalankan secara tertutup dan tidak bersifat pertandingan. Islam memuliakan dan menghormati wanita, maka layanilah mereka dengan adil dan benar.
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" (Hadis Riwayat Muslim)
Penulis adalah Syahirah Zulkifli Timbalan Majlis Dakwah Dan Kebajikan GAMIS
*Sumber : http://www.mygamis.net/
Tinta Al-Faqirah : Ana amat bersetuju dengan pandangan di atas, walaupun dari satu sudut kita lihat ada banyak manfaatnya, ttp kalau kita lebih perhalusi perkara ini, banyak juga kesan yang akn timbul di sebalik program ini, tambahan lagi rancangan realiti ini lebih bersifat umum dan terbuka, ana lebih berpegang pada prinsip bahawa wanita itu lebih banyak mendatangkan fitnah di sebalik penonjolannya, banyak lagi medium dakwah lain yang kita boleh guna dan sampaikan. Sekadar pandangan dr diri sendiri...ramai jugak rujuk orang lain untuk minta pandangan mengenai rancangan ini, ttp majoritinya setuju melihat pada keadaan msyrkt sekarang, lain org lain pandangannya... mungkin ada baik & buruknya...Wallahua'lam ( ^_^ ) \/
*Sumber : http://www.mygamis.net/
Tinta Al-Faqirah : Ana amat bersetuju dengan pandangan di atas, walaupun dari satu sudut kita lihat ada banyak manfaatnya, ttp kalau kita lebih perhalusi perkara ini, banyak juga kesan yang akn timbul di sebalik program ini, tambahan lagi rancangan realiti ini lebih bersifat umum dan terbuka, ana lebih berpegang pada prinsip bahawa wanita itu lebih banyak mendatangkan fitnah di sebalik penonjolannya, banyak lagi medium dakwah lain yang kita boleh guna dan sampaikan. Sekadar pandangan dr diri sendiri...ramai jugak rujuk orang lain untuk minta pandangan mengenai rancangan ini, ttp majoritinya setuju melihat pada keadaan msyrkt sekarang, lain org lain pandangannya... mungkin ada baik & buruknya...Wallahua'lam ( ^_^ ) \/
Saturday, June 25, 2011
~KeMBaRa DaKWaH BERSAMA MUALLAF~
LAWATAN KE LATA KINJANG & LATA CHINCIN, PERAK
Rumah Orang Asli, Lata Chincin
Majlis Penyampaian Hadiah
KURSUS JATI DIRI MUSLIM SAUDARA KITA
DI KL INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR
Slot LDK
"Apa perubahan yang kami akan buat di kampung?"
Slot LDK
Pertandingan mencipta bangunan yg paling tinggi
Lawatan ke Muzium Orang Asli, Kuala Lumpur
KURSUS TAHSIN QIRAAH DI DEMONG BEACH RESORT, BESUT
Alunan bacaan Al-Quran oleh Fasilitator Ustaz Yahya Ali
Naib Johan Akademi Quran
SEMINAR JALINAN UKHUWAH BERSAMA SAUDARA KITA
DI HOTEL SERI MALAYSIA, MARANG
~ DaKWaH iTu INDaH JiKa SeGaLaNYa KeRaNa ALLAH ~
Subscribe to:
Posts (Atom)